Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penyatuan negara bangsa Jerman - Coggle Diagram
Penyatuan negara bangsa Jerman
Pengenalan
Pada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman.
Prusia dan Austria merupakan 2 negeri yang paling berpengaruh dan saling bersaing untuk menjadi kuasa utama di Jerman.
Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman menjadi sukar.
Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negara Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk. Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa Jerman.
Langkah ke arah penyatuan Jerman
Kongres Vienna 1815
Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis
Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara negeri-negeri di Jerman.
Peranan Prusia
Prusia merupakan negeru terbesar di Jerman
Kuasa politik Prusia dipegang oleh Junkers iaitu golongan tuan tanah
Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri-negeri lain di Jerman
Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah sistem pemerintahan yang cekap dan kedudukan ekonomi yang kukuh
Golongan Junkers telah menubuhkan kesatuan ekonomi iaitu Zollverein
Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak
Justeru, Prusia dilihat mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman
Peranan Raja William I
Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck
Tindakan Raja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan
Kewibawaan Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan Jerman
Peranan Bismarck
Tugas Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja dan berusaha mengurangkan pengaruh Austria di negeri-negeri lain Jerman
Peranan Bismarck ialah antaranya melibatkan diri beliau dalam 3 siri peperangan iaitu Perang Prusia-Denmark, Perang Prusia-Austria dan Perang Prusia-Perancis
Pembentuk negara Jerman
Pada 18 Januari, Raja William I dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismarck menjadi Cancellor (PM)
Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetenghanya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat
Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar
Usaha untuk mewujudkan keamanan oleh Bismarck selepas terbentuknya negara Jerman
Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah - Bismarck mengambil langkah bagi memulihkan keamanan dan keselamatan untuk membangunkan Jerman dengan menjlainkan hubungan persahabatan dengan negara lain di Erpoah, mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Menerusi perikatan ini beliau berharap negara lain tidak akan melancarkan peperangan terhadap Jerman
Memperkenalkan perlembagaan umum di Jerman. Perlembagaan ini memperuntukkan kuasa bagi sebuah penubuhan parlimen yang terdiri daripada majlis persekutuan dan Diet Maharaja. Mengikut perlembagaan Jerman kuasa sebenar terletak di tangan kaunselor dan kaiser. Perlembagaan memberi kuasa kepada Bismarck untuk kukuhkan perlembagaan Jerman.
Menyekat pengaruh gereja. Bismarck menghadapi masalah dengan gereja Roman katolik akan memecah belahkan perpaduan Jerman. Beliau memulakan anti gereja yang dikenali sebagai kulturkampf. Beliau meluluskan undang-undang Mei menyekat perkembangan gereja katolik
Menyeragamkan sistem ekonomi dengan membangunkan sektor perindistrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan dan pemulihan sosial.