Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penyatuan Negara Bangsa Jerman - Coggle Diagram
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
Pengenalan
Pada tahun 1815, terdapat 39 negara di Jerman.
Prusia dan Austria merupakan 2 negeri yang paling berpengaruh dan saling bersaing untuk menjadi kuasa utama di Jerman.
Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman menjadi sukar.
Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negraa Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk.
Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa Jerman.
Langkah/Usaha ke arah penyatuan Jerman
Kongres Vienna 1815
Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis.
Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara negeri-negeri di Jerman.
Peranan Prusia
Prusia merupakan negeri terbesar di Jerman.
Kuasa politik Prusia dipegang oleh junkers iaitu golongan tuan tanah.
Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri-negeri lain di Jerman.
Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah sistem pemerintahan yang cekap dan kedudukan ekonomi yang kukuh.
Golongan junkers telah menubuhkan kesatuan ekonomi iaitu Zollverein.
Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak.
Justeru, Prusia dilihat mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.
Peranan Raja William I
Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck.
Tindakan Raja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan
Kewibawaan Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan Jerman.
Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.
Peranan Bismarck
Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli-ahli Prusia supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja.
Berusaha mengurang pengaruh Austria di negeri-negeri lain Jerman.
Bagi melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3 siri peperangan iaitu
Perang Prusia - Denmark
Perang Prusia - Austria
Perang Prusia - Perancis
Peperangan pertama Bismarck ialah menentang Denmark ata isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark.
Kedua-dua daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismarck.
Untuk mencapai tujuan tersebut, Bismarck telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864.
Perang Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865.
Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.
Peranan kedua Bismarck ialah menentang Austria disebabkan usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki.
Pembentukan negara Jerman
Pada 18 Januari 1871, Raja William I dilaktik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismarck menjadi Cancellor ( Perdana Menteri ).
Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat.
Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.
Usaha-usaha untuk mewujudkan keamanan oleh Bismarck selepas terbentuknya negara Jerman
Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah
Bismarck mengambil langkah-langkah bagi memulihkan keamanan dan keselamatan untuk membangunkan Jerman.
Bismarck menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negraa lain di Eropah.
Mengadakan Perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga.
Menerusi perkataan ini beliau berharap negara-negara lain tidak akan melancarkan peperangan terhadap Jerman.
Memperkenalkan perlembagaan Jerman
Memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman.
Perlembagaan ini memperuntukkan kuasa bagi sebuha penubuhan parlimen yang terdiri daripada majlis persekutuan dan Diet Maharaja.
Mengikut perlembagaan Jerman kuasa sebenar terletak di tangan canselor dan kaiser.
Perlembagaan memberi kuasa kepada Bismarck untuk mengukuh perlembagaan Jerman.
Menyekat pengaruh gereja
Bismarck menghadapi masalah dengan gereja Roman katolik akan memecah belah perpaduan Jerman
Beliau memulakan gerakan anti gereja yang dikenali sebagai kulturkampf
Beliau meluluskan undang-undang Mei menyekat perkembangan gereja katolik.
Menyeragamkan sistem ekonomi
Membangunkan sektor perindustrian.
Memajukan sektor pertanian dan perdagangan
Pemulihan sosial