Coggle requires JavaScript to display documents.
Pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah kegiatan ekonomi berkembang dengan pesat.Kemunculan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat telah membantu kerajaan ini dalam kemakmuran ekonomi.
Perkembangan ekonomi ini seiring dengan perkembangan sistem pencukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Hasilnya muncul sistem serta institusi percukaian yang lebih mantap dan sistematik.
Setiap institusi akan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab menjalankan urusan mengikut keperluan negara. Sistem percukaian pada zaman kerajaan ini meliputi tiga sumber utama iaitu kharaj, jizyah dan usyur.
Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana dapat dibina bagi kepentingan rakyat.
Pelaksanaan Jizyah