Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGENALAN - Coggle Diagram
PENGENALAN
-
Penyelidikan Kualitatif
Melibatkan pengumpulan data naratif (perkataan/gambar) untuk memperoleh maklumat tentang fenomena tertentu
-
-
Penyelidikan Kuantitatif
Melibatkan pengumpulan dan analisis data numerikal untuk mendapatkan maklumat bagaimana satu pembolehubah mempengaruhi pembolehubah yang lain
-
-
Reka Bentuk Penyelidikan
Kuantitatif
Kajian Eksperimental
-
-
-
Penyelidik memanipulasi sekurang-kurangnya satu pemboleh ubah tak bersandar (independent variable) yang mengenakan kawalan ke atas pemboleh ubah lain
Kuasai-Eksperimental
Biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program apabila responden kajian tidak dapat dibahagikan secara rawak
-
-
Kajian Tinjauan
Merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang
Digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan atau ribuan responden khususnya dalam bidang sains sosial
-
Kajian Korelasi
Melibatkan pengumpulan data bagi menentukan perkaitan antara dua ataupun lebih pemboleh ubah yang saintifik
Keputusan bukan menunjukkan sebab dan kesan tetapi membenarkan ramalan bagaimana sesuatu pemboleh ubah boleh berubah berdasarkan keputusan daripada pemboleh ubah yang lain
Kadangkala dijadikan sebagai penyelidikan yang deskriptif kerana ia menggambarkan situasi yang sedia wujud
Kualitatif
Kajian Etnografi
Prosedur kajian kualitatif untuk menghurai, menganalisis dan menterjemah pola perlakuan, kepercayaan, sikap dan bahasa bagi sekumpulan masyarakat yang berkongsi kebudayaan
Mendapatkan “perundangan” atau budaya bagi menerangkan tingkah laku dalam sesuatu kelompok masyarakat
Melibatkan interaksi antara individu dalam konteks sosiobudaya, kepercayaan serta amalan
Kajian Kes
Memberi penekanan kepada analisis konteks yang sepenuhnya terhadap beberapa kejadian atau keadaan dan perhubungan antara mereka
Melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik mengenai tingkah laku individu tertentu, keadaan sosial atau peristiwa khusus untuk mengetahui bagaimana tingkah laku individu atau perubahan sosial berlaku
Kajian deskriptif secara menyeluruh, mendalam, terperinci tentang sesuatu kes atau satu unit kecil sosial
Kajian Sejarah
Dilakukan melalui pengumpulan data secara sistematik dan penilaian data-data objektif terhadap peristiwa yang telah berlaku pada masa lepas
Tujuannya adalah untuk menghuraikan peristiwa lampau dan meramalkan peristiwa yang akan berlaku pada masa depan
-