Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERMASALAHAN KAJIAN & LATAR BELAKANG MASALAH - Coggle Diagram
PERMASALAHAN KAJIAN & LATAR BELAKANG MASALAH
Objektif
Mendefinisi dan mengenalpasti masalah kajian serta menerangkan kepentingannya kepada penyelidikan
Membezakan antara masalah kajian, tajuk, tujuan dan soalan kajian
Mengenalpasti kriteria untuk membuat keputusan sama ada perlu mengkaji atau tidak sesuatu masalah kajian
Membezakan masalah kajian kualitatif dan kuantitatif
Menjelaskan lima unsur yang terdapat dalam bahagian pernyataan masalah
Menulis matlamat, objektif penyelidikan dan pemboleh ubah kajian
Permasalahan Kajian
Definisi
Cresswell (2005) - Salah satu aspek yang paling mencabar sewaktu menjalankan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti “masalah” yang membawa kepada keperluan untuk menjalankan kajian tertentu dengan jelas
Masalah Kajian : Masalah merupakan isu-isu yang wujud dalam literatur, teori atau amalan yang mewujudkan keperluan pelaksanaan sesuatu penyelidikan
Uma Sekaran (2000) - Masalah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan idea
Kepentingan Permasalahan Kajian
Menjelaskan kepentingan tajuk kajian.
Menimbulkan minat pembaca untuk membaca kajian.
Memfokuskan perhatian pembaca terhadap bagaimana kajian tersebut memberi sumbangan
Sumber Masalah
Pengalaman
Karya berkaitan
Teori
Kajian lepas
Isu yang praktikal
Menentukan Sama Ada Masalah Boleh Diselidiki Atau Tidak
Adakah kajian anda bersesuaian dengan sorotan literatur yang ada?
Apakah kajian anda mengulangi kajian lepas tetapi menggunakan sasaran dan lokasi kajian yang berbeza?
Apakah kajian anda boleh memperkembangkan lagi kaji lepas atau mengkaji tajuk tersebut dengan lebih mendalam?
Adakah kajian anda memberikan peluang, ruang dan suara kepada mereka yang tidak dihiraukan dalam masyarakat?
Adakah kajian anda berkaitan dengan amalan anda?
Bolehkah anda mengkaji masalah tersebut?
Perlukah anda mengkaji masalah tersebut?
Kriteria Penilaian Kepentingan Masalah
Sesuai untuk diselidik
Boleh dilakukan secara saintifik
Meningkatkan pengetahuan sejagat
Menambah dan memantapkan teori
Pernyataan Masalah
Pernyataan masalah merupakan rumusan masalah utama kajian
Ciri-ciri Pernyataan Masalah yang Baik
Dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Menjelaskan apa yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat mana hendak dikaji.
Berbentuk operasi.
Menyatakan hubungan yang jelas antara pemboleh ubah yang dikaji.
Setiap pemboleh ubah yang dikaji boleh diuji
Mengandungi pemboleh ubah dan hubungan pemboleh ubah yang dikaji
Ciri-ciri Pernyataan Masalah
Menunjukkan jurang ilmu
Replikasi ilmu
Mengembangkan ilmu
Meluaskan perspektif
Menerangkan amalan
Isi Kandungan
Tajuk
Permasalahan kajian
Justifikasi tentang kepentingan masalah tersebut seperti yang ditemui dalam sorotan literatur dan dalam amalan
Kekurangan/kelemahan dalam pengetahuan/amalan sedia ada terhadap masalah
Pembaca yang akan mendapat faedah daripada hasil kajian kelak