Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH, NAMA AHLI KUMPULAN :,…
PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
PENDIDIKAN DALAM AL-SUNNAH
Rasulullah SAW mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas bimbingan dan didikan pada golongan Musabiqun Al-Awwalun di rumah Abi bin Abi Al-Arqam
Rasulullah SAW menubuhkan kerajaan Islam pertama di Madinah dan menekankan pembangunan dalam bidang pendidikan
Rasulullah SAW sendiri amat menggalakkan masyarakat Islam mendalami ilmu pengetahuan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap orang Islam"
Rasulullah SAW melantik beberapa orang individu dalam kalangan sahabat-sahabat baginda untuk menjadi guru seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Ubadah bin Al- Samit untuk mengajar Al-Quran kepada masyarakat Islam (Awang Yahya 2004)
Rasulullah SAW memperluaskan fungsi dan peranan masjid sebagai tempat untuk mendpatkan pendidikan
Rasulullah SAW telah mengeluarkan arahan tentang pendidikan yang dinyatakan baginda selepas peristiwa hijrah ke kota Madinah
Selepas perang Badar, tentera-tentera Islam telah berjaya menawan 70 orang puak Quraisy dan kebanyakan daripada mereka tahu membaca dan menulis. Golongan ini diberi pilihan untuk membebaskan diri dengan syarat menjadi guru menulis dan membaca kepada umat Islam di Madinah dan telah berjaya mengajar seramai 4000 orang Islam Madinah.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapalah yang menjadikan ia sama ada Yahudi atau Nasrani atau Majusi". Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan asas-asas perkembangannya.
Sabda Rasulullah SAW, (Abu Daud t.th) yang bermaksud " Suruhlah anak-anak kamu solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun (jika mereka masih tidak solat)
PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN
Manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah atau pemimpin untuk memakmurkan bumi ini kerana manusia dibekalkan dengan akal yang berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur kehidupan mereka di dunia ini (Ashraf 1985)
dalam al-Quran terdapat juga galakan supaya manusia sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan ( Sebagai contohnya, firman Allah SWT dalam Surah al-Mujadalah (58: 11) yang bermaksud “Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat.” )
Al-Ghazali (1939) menyifatkan ilmu pengetahuan adalah ilmu yang mampu meninggikan martabat manusia serta memberi input yang berkesan untuk membina kekuatan pada jiwa manusia
Dalam al-Quran terdapat galakan supaya manusia sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan.
(firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah(58:11)yang bermaksud “Allah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu beberapa darjat”).
Menurut Mahyuddin (2001), al-Asma ialah nama-nama sesuatu benda atau perkara yang mana dengan mengenali atau mengetahui nama sesuatu perkara atau benda merupakan kunci atau asas kepada pembentukan ilmu kepada seseorang manusia
Mahyuddin(2001),Dalam al-Quran perkataan akal diulang sebanyak 49 kali.Kebanyakannya diungkap dalam bentuk perbuatan(fi’il mudhari).Dalam ilmu bahasa Arab,ungkapan dalam bentuk ini membawa maksud selalu menggunakan akal dan berfikir.Ini menunjukkan bahawa al-Quran sering merangsang dan menggalakkan manusia supaya menggunakan akal untuk berfikir.
Ashraf(1985),Manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini kerana manusia dibekalkan dengan akal yang berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur kehidupan mereka di dunia ini
Allah memberikan penghargaan yang cukup tinggi terhadap orang yang berakal, berfikiran dan berilmu pengetahuan ( firmanNya Surah al-Zumar (39: 9) Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui Dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna “
Ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu adalah wajib terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam (Mohd. Yusuf 2002) al-Quran telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu perkara
NAMA AHLI KUMPULAN :
MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN MOHAMMAD YUSRI
NUR FARHANI MAISARAH BINTI ZAWAWI
MUHAMMAD AIMAN HAKIMI BIN NORNEKMAN
NUR FARHANA BINTI HASHIM
NUR FAQIHAH BINTI HASLAN
KELAS : F1E