Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kurikulum - Coggle Diagram
Kurikulum
Kesediaan guru
guru-guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan matlamat pendidikan negara dan matlamat pendidikan Ekonomi Asas.
-
Untuk melahirkan pengajaran yang berkesan, guru memerlukan kefahaman, bukan sahaja mengenai pelajar-pelajarnya tetapi juga mata pelajaran yang diajarnya.
guru harus memahami isi kandungan mata pelajaran yang akan diajarnya, di samping faham
mengenai disiplin-disiplin yang telah melahirkan mata pelajarannya itu.
-
Matlamat Pendidikan
membentuk pelajar yang menpunyai perkembangan yang menyeluruh, meliputi aspek instrumental dan intrinsik.
-
Matlamat inilah yang akan menjadi arah, hala tuju, tujuan dan penegasan sesuatu kurikulum pendidikan.
Kandungan kurikulum
Semua kurikulum menpunyai isi kandungan. Isi kandungan merupakan " a means to an end " iaitu suatu alat untuk mencapai objektif.
Isi kandungan sesuatu mata pelajaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu isi kandungan yang bercorak kognitif, afektif dan psikomotor.
Ilmu yang terkandung dalam ketiga-tiga bidang ini adalah berbentuk konseptual iaitu fakta, konsep, teori serta prinsip dan juga berbentuk praktikal atau perlakuan.
-
Penyusunan isi kandungan
-
Pendekatan khusus
Konsep konsep yang penting di susun di bahagian awal sementara konsep-konsep yang kurang penting di bahagian-bahagian yang berikutnya.
Tahap kesediaan pelajar
Kesediaan belajar adalah merujuk kepada keadaan dalam diri pelajar yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru.
kesediaan belajar dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor.
Kesediaan kognitif berkaitan dengan peringkat perkembangan mental untuk memahami, memikir dan menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru.
Kesediaan afektif pula merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, minat, perasaan dan nilainya untuk menerima pengajaran yang akan disampaikan.
Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal. Seseorang pelajar dikatakan bersedia untuk melakukan tindakan fizikal apabila badannya telah mencapai kematangan selaras dengan latihan yang diperlukan.
Pengertian
Saylor dan Alexander (1954) mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan peluang pembelajaran untuk mereka yang perlu diberi pendidikan.