Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPENTINGAN SUNGAI DAN TASIK DI MALAYSIA - Coggle Diagram
KEPENTINGAN SUNGAI DAN TASIK DI MALAYSIA
Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
Jana kuasa hidroelektrik dapat dibina kerana terdapat sungai-sungai yang beraliran deras.
Jana kuasa hidroelektrik dapat dibina kerana terdapat sungai-sungai yang beraliran deras.
Jana kuasa hidroelektrik ialah pembekal sumber tenaga elektrik yang utama di Malaysia.
Sumber Pengairan
Air sungai menjadi sumber pengairan utama bagi kegiatan pertanian seperti penanaman padi.
Sungai Muda(Kedah) dijadikan rancangan pengairan untuk penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis yang membolehkan padi ditanam sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Kegunaan Domestik
Air sungai dijadikan sebagi sumber air untuk kegunaan domestik.
Antara sungai yang membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik ialah Sungai Pahang, Sungai Rjang dan Sungai Kinabatangan.
Sempadan Semula Jadi
Terdapat beberapa batang sungai di Malaysia menjadi sempadan negeri dan sempadan antarabangsa.
Sebagai contoh, Sungai Bernam ialah sempadan antara negeri Perak dengan negeri Selangor manakala Sungai Golok ialah sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand.
Sumber Protein
Sungai membekalkan sumber ikan air tawar seperti ikan lampam, tilapia, jelawat dan kelah.
Sebagai contoh, Sungai Kinabatangan, Sungai Beruas dan Sungai Endau.
Pengangkutan dan Perhubungan
Beberapa batang sungai di Sarawak dan Sabah dijaikan jalan perhubungan antara kawasan pedalaman dan bandar.
Sebagai contoh, Sungai Rajang dapat dimudiki sehingga ke Kapit di pedalaman Sarawak.
Rekreasi dan Pelancongan
Beberapa batang sungai di Malaysia berarus deras, cetek dan jernih serta sesuai dijadikan kawasan rekreasi.
Sebagai contoh, Sungai Melaka terkenal dengan aktiviti River Cruise manakala Sungai Sedim,Kulim(Kedah) dan Sungai Kiulu,Tamparuli(Sabah0 terkenal dengan aktiviti meredah jeram (water rafting).