Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS - Coggle Diagram
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
DISKLEKSIA
a) Masalah dalam ejaan.
Murid menghadapi masalah dalam sebutan (fonologi) di mana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis. Murid juga amat sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya.
b) Masalah dalam ingatan.
Murid disleksia menghadapi masalah dalam mengingati susunan hari, bulan dan tahun.
c) Masalah dalam membaca.
Murid disleksia akan membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat. Mereka juga membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan keterbalikkan.
d) Masalah dalam menyalin nota.
Murid disleksia lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan.
e) Masalah kekeliruan.
Mereka juga selalu keliru dengan abjad yang kelihatan sama dan menulisnya terbalik. Contohnya "b" dan "d";
"p" dan "q". Selain abjad dan perkataan, mereka juga keliru terhadap pemahaman konsep ruang seperti atas dan bawah, depan dan belakang dan sebagainya.
ADHD
(a) Mempunyai kesulitan memberi perhatian atau fokus kepada sesuatu tugas atau kegiatan.
(b) Mempunyai masalah menyelesaikan tugas di sekolah atau rumah dan mudah melompat dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.
(c) Mudah terganggu walaupun ketika melakukan sesuatu yang menyenangkan.
(d) Mempunyai masalah dalam mengatur tugas dan kegiatan.
e) Mempunyai masalah untuk menunggu giliran.
(f) Tidak boleh duduk diam.
g) Sentiasa gelisah.
AUTISME
(a) Tidak bercakap.
(b) Kesukaran mengekspresi keinginan.
(c) Bermasalah dalam mengikuti arahan.
(d) Suka mengulang-ulang apa yang yang dikatakan.
(e) Bermasalah dalam menjawab soalan.
KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1) Melaksanakan pengajaran menggunakan auditori atau visual.
Gaya pengajaran auditori ini merupakan cara pengajaran yang menekankan pendekatan perkataan dan arahan lisan.
Murid perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu.
Melalui pengajaran gaya auditori ini, murid akan mengukuhkan ingatan mereka dengan mendengar semula rakaman pita audio.
Kaedah visual dengan menggunakan foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat boleh membantu kanak-kanak ini meluahkan perasaan mereka. Dengan mengenal pasti perasaan mereka, emosi dan perasaan mereka tidak akan mempengaruhi tingkah laku mereka untuk cenderung ke arah negatif seperti memukul dan mencederakan orang lain.
2) Kaedah pemudahcaraan.
Kaedah ini lebih menitikberatkan peranan murid dalam pembelajaran di mana guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan.
Guru dapat menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas Oleh itu guru boleh memberikan aktiviti yang lebih mencabar kanak-kanak ini tetapi guru perlu bertindak sebagai pemudahcara sehingga kanak-kanak tersebut dapat melaksanakan aktiviti tersebut dengan sendiri.
3) Kaedah tunjuk cara.
Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur.
Di samping itu kaedah ini juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
4) Kaedah peneguhan positif.
Pemberian peneguhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu positif dan negatif.
Pemberian peneguhan ini bergantung kepada tingkah laku kanak-kanak.
Peneguhan positif diberikan jika kanak-kanak bertingkah laku baik dan positif untuk menggalakkan kanak-kanak itu melakukan tingkah laku tersebut.
Peneguhan negatif diberikan jika kanak-kanak bertingkah laku negatif untuk menyingkirkan dan mengelakkan kanak-kanak terus melakukan tingkah laku tersebut.
Contoh peneguhan positif adalah dengan memberi pujian, tepukan, ganjaran dan sebagainya.
Peneguhan positif ini akan membuatkan kanak-kanak berasa seronok menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh peneguhan negatif adalah pengasingan, time-out, shaping dan sebagainya.
5) Main sambil belajar.
Teknik ini merupakan aktiviti yang dijalankan secara spontan dan menyeronokkan yang membawa kepada pembelajaran.
Main adalah ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak.
Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan.
Dengan kaedah ini juga ia mampu menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap aktiviti penngajaran dan pembelajaran. -
Ia juga mampu merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain.
Antara jenis permainan dalam pengajaran ialah permainan manipulatif, fizikal dan permainan bahasa.