Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pembelajaran Kontekstual B. Melayu
ciri-ciri
murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda
maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid
guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan
Perkara yang perlu dipertimbangkan bagi melaksanakan pembelajaran secara konstektual dengan berkesan
komunikasi
pengajaran guru
sokongan pentadbir sekolah
sokongan masyarakat
Definisi
kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
enyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti Hands-On dan Minds-On
Pembelajaran Konstruktivisme B.Melayu
Ciri-ciri
Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar tentang sesuatu idea
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
Menyokong pembelajaran secara koperatif
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
Definisi
Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud
Pembelajaran Akses Kendiri B. Melayu
Tujuan program PAK
Memotivasikan murid ke arah murid berautonomi
Menghasilkan individu/ murid
Self- directed
Self –paced
Self- access
Self- assessed
Objektif program
Berusaha memperoleh pengetahuan & kemahiran secara berdikari.
Mempunyai autonomi & bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
Bertanggungjawab mentaksir pencapaian sendiri.
Belajar untuk belajar.
Belajar berasaskan keperluan dan gaya sendiri.
Ciri-ciri
Environmen pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan.
Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator.
Belajar secara bersendirian / kumpulan.
Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu.
Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri
Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.
Definisi
Murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.
Program pembelajaran yang memberi kebebasan murid akses kepada tempat, bahan, bantuan (fasilitator), dan masa belajar
Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Definisi
diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 2000
supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih
berbentuk kontekstual.
suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur.
aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.
merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.”
Objektif
mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari
memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan,membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu
pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.
menerapkan nilai-nilai murni.
Model pelaksanaan PLBD
Model PLBD 1:
Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.
Model PLBD 2:
Berhampiran kawasan sekolah.
Model PLBD 3:
Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran pihak pengurusan institusi berkaitan)
Pembelajaran Masteri B. Melayu
Definisi
Pembelajaran yang membantu murid menguasai hasil pembelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
setiap murid dipercayai mempunyai keupayaan untuk menguasai apa yang diajar.
Murid akan berupaya mencapai objektif pengajaran jika diberikan situasi pengajaran yang berkualiti
Strategi pembelajaran masteri
Dilaksanakan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. (Prestasi & tahap pencapaian).
Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada segmen-segmen kecil (unit pembelajaran).
Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran atau objektif p&p.
Aras masteri ditetapkan pada aras 80 peratus tinggi.
Setiap unit diajar dengan pelbagai strategi, kaedah dan bahan yang sesuai sama ada secara berkumpulan, berpasangan atau individu.
Ujian bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.
Perlu ada maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah dikuasai atau belum.
Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilakukan mengikut tahap penguasaan murid.