Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa - Coggle Diagram
Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa
Seni Bahasa
Objektif Aspek Seni Bahasa untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan
menyebut dan memahami seni kata lagu, dengan melahirkan imaginasinya melalui hasil karya sastera
: :mengubah seni kata lagu semula dan mempersembahkannya melalui nyanyian
mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif
mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan mesej menggunakan bahasa yang indah serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan
melafazkan puisi dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahami puisi tersebut
mencipta puisi dengan bahasa yang indah dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahaminya
Dalam Aspek Seni Bahasa, pentaksiran kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca atau Kemahiran Menulis juga boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran Aspek Seni Bahasa masih dilaksanakan dalam bentuk pendekatan modular
Tatabahasa
Objektif Kemahiran Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan
memahami dan menggunakan kata nama dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul
memahami dan menggunakan kata kerja, kata bantu, kata adjektif, kata penguat, kata penegas, kata hubung, kata adverba mengikut konteks dengan betul
memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks dengan betul
memahami dan menggunakan pelbagai imbuhan, kata ganda dan kata majmuk dalam pelbagai situasi dengan betul
memahami dan membina ayat songsang yang betul dalam pelbagai situasi
memahami dan membina ayat dalam teks menggunakan penanda wacana dengan betul
Dalam Aspek Tatabahasa, pentaksiran kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca atau Kemahiran Menulis juga boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran Aspek Tatabahasa masih dilaksanakan dalam bentuk pendekatan modular.
Aspek seni bahasa dan tatabahasa tidak dinilai