Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU - Coggle Diagram
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Pendidikan guru
Membolehkan mengalami pengetahuan fizikal
Mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar.
Mencerminkan mereka sebagai insan berilmu.
Pendekatan yang bakal pendidik ketahui
Orientasi kemahiran atau kecekapan
Keupayaan penyelesaian masalah secara klinikal
Sikap seseorang yang berorientasikan kemanusiaan.
Asas pendidikan guru
Tradisi Akademik
Tradisi Perkembangan
Tradisi kecekapan sosial
Tradisi 'social reconstructionalist'
Huraian Kandungan FPG
Berpekerti mulia
Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa, masyarakat) melebih diri.
Berpandangan progresif dan saintifik
Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya.
Bersedia menjunjung aspirasi negara
Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang utama.
Menyanjung warisan kebudayaan negara
Meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.
Menjamin perkembangan individu
Sentiasa memberikan keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.
Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.
Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan. Berlaku adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan pertimbangan wajar.
Memelihara suatu masyarakat yang progresif
Memberi penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu
dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik.
Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin
Memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.
Dimensi Pendidikan Guru
Ketuhanan
Penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang mulia di sisi agama.
Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen sosialisasi.
Kendiri
Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah yang murni dan berpekerti mulia.
Komponen Pendidikan Guru
Ilmu/ Pengetahuan
Ilmu/ pengetahuan yang berkaitan dengan perkembang dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Antara pengetahuan yang guru perlu ada ialah pengetahuan tentang pedagogi umum, pengetahuan tentang kandungan subjek dan sebagainya.
Kemahiran
Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Antara kemahiran yang guru perlu ada ialah kemahiran komunikasi, kemahiran tekonologi dan sebagainya.
Nilai
Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif, pro aktif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.