Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perjanjian Hudaibiyyah - Coggle Diagram
Perjanjian Hudaibiyyah
Hikmah Perjanjian Hudaibiyyah
Perkembangan Politik Islam
Musyrikin Makkah secara langsung mengikhtiraf kerajaan Islam Madinah serta Rasulullah SAW sebagai pemimpinnya
Rasulullah SAW mengikat perjanjian dengan kabilah-kabilah disekitar Madinah
Rasulullah SAW mula menghantar surat kepada pemimpin didalm dan diluar semenanjung tanah Arab dan mendapat jawapan daripada mereka
Selepas Perjanjian Hudaibiyyah,Rasulullah SAW menumpukan perhatian kepada yahudi di Khaibar kerana Musyrikin Makkah bukan lagi menjadi ancaman besar kepada kerajaan Islam Madinah
Perkembangan Dakwah Islam
Rasulullah SAW membuka ruang dakwah Islam dengan menghantar surat kepada kerajaan lain disemenanjung tanah Arab seperti Bahrain dan Oman serta kerajaan diluar semenanjung tanah Arab seperti Rom dan Parsi
Ramai orang Arab memeluk Islam secara terang-terangan seperti Khalid bin Al-Walid
Musrikin Makkah tidak lagi mengganggu usaha dakwah Raasulullah SAW
Perkembangan Ketenteraan Islam
Kekuatan ketenteraan Islam bertambah daripada 3000 orang kepada 10 000 orang hanya dalan tempoh dua tahun selepas Perjanjian Hudaibiyyah
Mewujudkan suasana aman antara kerajaan Islam di Madinah dan musyrikin Makkah
Kronologi Perjanjian Hudaibiyyah
Abu Sufian mengumumkan kepada Musyrikin Makkah agar berlindung dirumahnya, rumah masing- masing atau di dalam Masjidil Haram
Sampai di Zu Tuwa, Rasulullah SAW membahagikan tentera Islam kepada empat pasukan.Setiap pasukan masuk kekota Makkah melalui arah yang berbeza
Pada pagi hari Rabu, 17 Ramadhan tahun ke -8 Hijrah, Rasulullah SAW meneruskan perjalanan menuju ke Makkah. Ketika itu Musyrikin Makkah terkejut dengan kedatangan tentera Islam
Abu Sufian meninjau pasukan tentera Islam.Beliau terserempak dengan al - 'Abas,lalu al - 'Abas membawanya menemui Rasulullah SAW. Akhirnya, beliau memeluk Islam.
Tiada sebarang tentangan yang diterima oleh tentera Islam kecuali pasukan Khalid bin Al - Walid. Mereka dihalang oleh sekumpulan Musyrikin Makkah yang menyebabkan dua sahabat gugur syahid dan 12 Musyrikin Makkah pula terbunuh
Mar al - Zahran
Pasukan tentera Islam berhenti di Mar al - Zahran. Rasulullah SAW memerintahkan 10 000 tentera untuk menyalakan 10 000 unggun api
Makkah
Makkah berjaya dibuka pada tahun ke - 8 Hijrah (630 M)
Madinah
Pada 10 Ramadhan tahun ke - 8 Hijrah, Rasulullah SAW bergerak ke Makkah bersama dengan 10 000 tentera. Abu Rahmi al Ghifari
Kisah Baiah Ridhuan
Orang kafir Quraisy terasa maruah mereka tercabar
Orang kafir Quraisy bimbang dengan kekuatan orang Islam
Rasulullah menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka.
Dalam perjalanan ke Makkah,rombongan Islam disekat oleh orang kafir Quraisy di Hudaibiyyah
Orang Quraisy yang berasa bimbang dengan kekuatan umat Islam lalu membebaskan Uthman bin Affan.
Baiah Ridhwan berlaku pada tahun ke-6 Hijrah(628 M)
Isi kandungan Perjanjian Hudaibiyyah
Mana -mana pihak yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah SAW turut tertakluk dengan Perjanjian Hudaibiyyah
Mana -mana pihak yang mengikat perjanjian dengan Musyrikin Makkah,mereka juga terikat dengan Perjanjian Hudaibiyyah
Tiada peperangan antara kedua-dua pihak selama 10 tahun
Orang Makkah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan ke Makkah.Sebaliknya siapa yang lari dari Madinah ke Makkah tidak perlu dikembalikan
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak boleh memasuki Makkah pada tahun itu,iaitu tahun ke-6 Hijrah