Kurikulum pendidiksns Bahasa Melayu digubal bersesuaian dengan fungsi bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian seperti berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk memahami bahan bacaan.
Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran dan berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan menulis.
Kemahiran bahasa ini pula digabungkan dengan peraturan sistem bahasa, dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum, seperti ilmu pengetahuan, nilai, sosiobudaya,semangat kewarganegaraan, patriotisme, dan kemahiran bernilai tambah.