Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan reaksi masyarakat terhadap perluasan kuasa barat pada abad ke-19…
Jelaskan reaksi masyarakat terhadap perluasan kuasa barat pada abad ke-19 & abad ke20
PENDAHULUAN
Pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M, kebanyakan dunia Islam berada di bawah belenggu penjajahan Barat. Proses perluasan kuasa oleh Barat bermula semenjak abad ke-16 M hingga abad ke-18 M. Sejak adab ke-16 M, mesir merupakan sebahagian drpd kerajaan Uthmaniyah. Namun, pada akhir adab ke-18 M, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798 M. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya revolusi perancis.
Penjajahan british merujuk kepada kekalahan tentera Mesir di tangan British pada bulan September 1882 M. Bermula pada tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.
Pendudukan Perancis
Penguasaan perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar 3 tahun tahun sahaja. Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan British pada tahun 1801 M.
Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar 3 tahun sahaja, namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politi mesir. Ini kerana, ia telah membawa kepada kejayaan penjajahan british ke atas Mesir pada tahun 1882 M.
Sebelum ini, british pernah mencuba menjajah mesir pada tahun 1807 M, namun usaha tersebut tidak berjaya. Selama tiga tahun perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya: Membuka kilang senjata, Mengadakan perkhidmatan percetakan dan Menggalakkan pengkajian sains,termasuk menghantar para plajar mesir untuk belajar di barat.
Penjajahan British
Pentadbiran British di Mesir pada peringkat awal ini dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883 hingga 1907 M. Dasar British yang jelas mendiskriminasi golongan pribumi menghidupkan kembali semangat nasionalisme.
Pengisian nasionalisme Mesir initerbahagi kepada dua aspek yang berbeza, iaitu Negara secular dan Islam. Perbezaan ini berlaku berikuan kemunculan golongan intelektual yang menerima pendidikan Barat yang tidak lagi melihat Islam sebagai al-Din dan memisakan peranan politik daripada agama.
Era penjajahan juga mendatangkan perasaan tidak puas hati bukan sahaja dlam kalangan pentadbir malahan juga mendapat tentangan daripada pihak tentera Mesir sendiri. Pada tahun 1914 M, Perang Dunia Pertama yang meletus menyaksikan kerajaan Uthmaniyah turut terlibat dalam kancah peperangan tersebut. Kesempatan ini digunakan oleh pihak British dengan mengisytiharkan mereka sebagai protectorate (naungan) ke atas Mesir .
Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919 M merupakan antara penyelesaian Perang Dunia Pertama bagi mengekalkan Mesir di bawah kekuasaan Bitish. Revolusi yang berlaku pada bulan Mac 1919 M ini dilihat sebagai satu kebangkitan nasional yang melibatkan para pelajar, pegawai kerajaan, golongan professional dan juga petani.
Ke Arah Kemerdekaan
Berikutan gerakan nasionasilme yang hebat, British mengisytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922 M. Kerajaan baharu yang ditubuhkan bersifat raja berperlembagaan. Antara tahun 1922-1936 M, pola yang sama berlaku secara berulang-ulang, iaitu raa menmbubarkan parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya membawa kemenangan kepada parti Wafd.
Pada tahun 1948 M, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel, tetapi kalah dalam peperangan tersebut. Golongan nasionalis yang tidak berpuas hati telah menggulingkan institusi beraja pada tahun 1952 M dalam Revolusi Mesir dan mengistiharkan Republik Arab Mesir pada tahun 1953 M.
Muhammad Naguib menjadi Presiden Republik Arab Mesir yang pertama. Beliau memerintah Mesir secara ketenteraan. Namun, tidak sampai setahun memerintah, beliau digulingkan pula oleh Gamal Abdel Nasser. Presiden Gamal Abdel Nasser mengambil langkah berani dengan memiliknegarakan Terusan Suez dan menubuhkan “Badan Penguasa Terusan” yang menguruskan terusan bagi pihak kerajaan Mesir.
Tindakan Presiden Gamal Abdel Nessar memiliknegarakan terusan suez pada tahun 1956 M membangkitkan kemarahan British dan Perancis, lalu mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez.
Pada tahun Jun 1956 M, Presiden Gamal Abdel Nessar mengisytiharkan sebuah perlembagaan republic baharu yang menetapkan: Islam sebagai agama rasmi, Mengakui kedudukan Mesir sebagai sebahagian daripada dunia Arab dan Penubuhan sebuah kerajaan berpresiden.
Gerakan Ikhwan al-Muslimin
Penguasaan British ke atas Mesir telah memperkenalkan cara pentadbiran dan kebudayaan Barat di negara itu. Perkembangan ini tidak di senangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam. Mereka bimbang kedudukan Islam akan terancam. Namun begitu, mereka juga cuba mereka cuba mencari jalan supaya orang Islam tidak ketinggalan.
Antara gerakan Islam yang memainkan peranan penting dalam memberikan reaksi terhadap penjajahan Barat, ialah Ikhwan al-Muslimin. Gerakan Ikhwan al-Muslimin berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan seperti syirik dan khurafat, Kembali kepada ajaran islam yang sebenar dan Mengecam penjajahan British yang zalim.
Gerakan ini juga memberikan tumpuan dalam bidang ekonomi dan sosial bagi menyedarkan kegiatan dakwah seperti membuka kilang tekstil dan syarikat pengiklanan.
Selain itu, Ikhwan al-Muslimin turut menubuhkan sekolah dan pusat kesihatan di seluruh Negara. Hasilnya, gerakan tersebut mendapat sambutan hebat bukan sahaja di Mesir tetapi juga di Negara-negara Arab yang lain. Kebijaksanaan Hasan al-Banna dalam menggariskan polisi Ikhwan al-Muslimin yang berlandaskan pengajaran Islam seiring dengan pelbagai aktiviti, terutamanya dalam hal ehwal kebajikan dan program sosial telah dapat menjadikan Ikhwan al-Muslimin satu pertubuhan Islam paling berpengaruh di Mesir. Kejayaan Ikhwan al-Muslimin membentuk satu pergerakan Islam moderat dan berpengaruh di Mesir.
PENUTUP
Penjajahan British di Mesir dan Perancis pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M membawa kepada reaksi dan penentangan masyarakat tempatan. Kemunculan tokoh-tokoh seperti ‘Urabi Pasha, Sa’d Zaghlul, Mustafa Kamil Pasha dan Hassan al-Banna di Mesir , mereka telah Berjaya menggerakkan rakyat untuk bangun menentang penjajahan.
Berikutan penentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat tempatan, akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922 M.