Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGENALAN KONSEP-KONSEP DALAM PENILAIAN - Coggle Diagram
PENGENALAN KONSEP-KONSEP DALAM PENILAIAN
PENGUJIAN
kesan pembelajaran dan pengajaran yang berlaku
dilakukan menerusi beberapa set soalan sama ada secara lisan atau bertulis
Ujian merupakan instrumen yang bersistem kerana soalan dibina mengikut peraturan tertentu. Prosedur mentadbir ditentukan dan prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci.
teknik mendapatkan maklumat/mengukur tingkah laku murid.
PENGUKURAN
usaha memungut maklumat secara kuantitatif melalui pelbagai alat pengukuran.
Ujian kertas & pensel ; alat maklumat yang digunakan.
Senarai semak & Senarai skala kadar akan menghasilkan maklumat kualitatif.
Penilaian merupakan satu proses yang meliputi tatatingkat memgukur, analisis & menilai
TUJUAN PENILAIAN
Penilaian Formal
Menilai pencapaian murid-murid
Menyediakan maklumat untuk pelaporan kepada penjaga/ibu bapa murid
Mengumpulkan murid-murid mengikut kebolehan
Memberi hadiah/anugerah
Biasiswa
Maklumat kepada majikan/pengurus sekolah
Penilaian Tidak Formal
Melaksanakan aktiviti bimbingan/pemulihan
Membuat diagnosis
Merancang strategi pengajaran
Menilai penyampaian guru
Penilaian dalam PERMATA
mengumpul & menganalisis maklumat untuk tujuan menilai
tujuan mengetahui kemajuan perkembangan kanak-kanak supaya pendidik & ibu bapa dapat merancang intervensi yang sesuai untuk membantu/memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran kanak-kanak.
dilakukan melalui pemerhatian, bukan secara ujian atau peperiksaan
Pendidik melakukan pemerhatian kanak-kanak setiap masa sepanjang mereka berada di TASKA dan semasa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran & rutin.
dinamakan penaksiran autentik & dilakukan secara berterusan dan disebut sebagai penaksiran formatif
Tujuan Pemerhatian dan Penaksiran PERMATA
Memahami keperluan setiap individu
Mengesan perkembangan dan pertumbuhan secara menyeluruh dan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang keluarbiasaan.
Mengenal pasti kelemahan atau kekuatan kanak-kanak
Merancang aktiviti/intervensi atau mengubahsuai strategi pembelajaran untuk menyesuaikan dengan keperluan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Menilai keberkesanan dan kualiti Kurikulum PERMATA Negara
Membolehkan ibu bapa menjalankan aktiviti lanjutan dengan kanak-kanak di rumah.
Prinsip Pemerhatian dan Penaksiran Kanak-kanak
Maklumat mengenai sesuatu penaksiran mestilah sah (valid), boleh dipercayai (reliable) dan telus.
Hasil dapatan penaksiran boleh dipercayai dan konsisten.
Pemerhatian dilakukan secara berterusan semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti seharian secara tidak formal untuk mendapat gambaran yang betul, bermakna dan tepat dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Penaksiran mestilah berfokus kepada tingkah laku kanak-kanak dalam enam bidang pembelajaran Kurikulum PERMATA Negara.
Penaksiran harus mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza, selaras dengan tujuan penilaian dan objektif pembelajaran.
Penaksiran yang tepat mengambil kira sumbangan daripada pelbagai perspektif.
Penaksiran mesti melibatkan ibu bapa secara aktif dalam membentuk gambaran yang tepat mengenai perkembangan anak mereka
Hasil penaksiran adalah sulit dan digunakan untuk membantu pembelajaran kanak-kanak, bukan untuk dipaparkan atau dihebahkan.
Pelaporan Pemerhatian & Penaksiran Kanak-kanak
Laporan Kemajuan Perkembangan Kanak-kanak (dalam enam bidang) dan kebolehan mengurus diri, serta isu berkaitan tingkah laku kanak-kanak jika ada (untuk dirujuk kepada pakar)
Laporan Kesihatan (mengandungi maklumat pertumbuhan fizikal seperti ketinggian, berat, pemakanan, penyakit, alahan, tarikh vaksinasi/imunisasi dan BMI) dan keperluan khas kanak-kanak
Laporan/Maklumat biodata dan demografik kanak-kanak.
Tujuan Penilaian dalam Prasekolah
Mengesan pertumbuhan & perkembangan murid.
Mengenal pasti kecerdasan potensi
Mengenal pasti kelebihan & kekurangan murid.
Memberi maklum balas kemajuan murid
Merancang tindakan susulan
Ciri-ciri Penilaian dalam Prasekolah
Mementingkan proses
Secara tidak formal
Suasana semula jadi
Bersifat diagnostik
Berterusan
Prinsip Penilaian dalam Prasekolah
Merangkumi aspek kognitif, afektif & psikomotor
Selari dengan tujuan yang telah ditetapkan
Dilaksanakan secara berterusan
Sah & sahih, sesuai dengan perkembangan murid & berasaskan kaedah saintifik
Penuh beretika & mengambil kira hak asasi kanak-kanak.
Kepentingan Penilaian dalam PAKK
Sebagai penggerakan
Mendapatkan maklumat balik untuk faedah guru dan juga murid
Mengesan punca kelemahan melalui penggunaan alat diagnostik
Pemilihan atau penempatan seperti streaming mengikut jurusan
Penilaian dengan tujuan mendapatkan kesan pengajaran dan pembelajaran
Alat ramalan tentang kesediaan murid kemungkinan mencapai kejayaan.
Pensijilan
Pengelasan: mengikut kumpulan kebolehan
Penyelidik untuk mendapatkan maklumat persampelan
Pembelajaran lampau penting diuji bagi menjadi titik tolak oengajaran baru.
Etika Penilaian & Pengujian
Pihak guru bertanggungjawab menyediakan ujian yang adil yang meliputi segala prinsip dan tatacara membina alat ujian manakala pihak murid pula bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan dalam kertas ujian dengan menjawab soalan secara yang dikehendaki.
Aspek Penilaian dalam PAKK
Guru perlu mengetahui tahap-tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat menjalankan peniaian dengan lebih sistematik agar guru dapat merancang cara pengajaran, jenis aktiviti dan tindakan susulan berdasarkan kepada hasil pemerhatian & penilaian yang dibuat.
Penilaian melibatkan semua aspek perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosioemosi, bahasa dan kognitif
Bidang Penilaian dalam PERMATA
sosioemosi, sahsiah dan kerohanian
bahasa, komunikasi dan literasi awal
fizikal
deria dan pemahaman dunia persekitaran
kreativiti dan estetika
awal matematik dan logik