Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer.