Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 4 - Coggle Diagram
BAB 4
MODEL BANK STREET
- Berlandaskan prinsip 'educating the world child', fokus kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Dimulakan sebagai projek penyelidikan eksperimen di NY City nursery school pada 1916 oleh Harriet Johnson & Caroline Pratt bersama Lucy Sprague Mitchell
- Pendekatan model ini sebahagian daripada biro pendidikan ekperimen yang berasal dari Nursery School. Ianya dipengaruhi oleh kajian John Dewey yang percaya bahawa kekuatan ini dapat perbaiki masyarakat.
- Kaedah : berorientasikan kanak-kanak, pengalaman, berorientasikan proses-tumpu aspek perkembangan kanak-kanak
- Pada 70an Bank Street Approach menukar nama kepada Developemental-interaction Approach (1972) oleh Barbara Biber. kaedah ini banyak bergantung kepada kebolehan guru kepada kanak-kanak semasa berinteraksi
HEAD START
- Merupakan program terbesar di Amerika Syarikat pada tahun 1965 dan ianya program musim panas untuk kanak-kanak komuniti berpendapatan rendah
- Matlamat program ini adalah untuk sediakan keperluan kesihatan dan bantuan makanan serta membaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga dalam aspek perhubungan
- Tujuan utama Head Start adalah membantu kanak-kanak yang datang dari latar belakang kurang beruntung dan membantu kanak-kanak dari pertumbuhan merekauntuk mengenal 3M
- Objektif program ini untuk menghubungkan kanak-kanak & keluarga kepada masyarakat serta memberi perkhidmatan kesihatan, pendidikan & nutrisi kepada kanak-kanak
MODEL MONTESSORI
- Ianya diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952). Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome dan beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakannya bagi melatih guru
- Kaedah montessori dan bahan pengajaran tekankan "sensory teaching and learning". Ianya mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran & sentuhan bagi mendaptkan pengalaman & latihan menggunakan deria
- Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
- Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciriyang universal dalam kehidupan mereka.
- Matlamat montessori adalah untuk perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi & intelek
REGGIO EMILIA APPROACH
- Loris Malaguzzi adalah pengasas kepada sekolah reggio.
- Pendekatan ini diasaskan oleh sekumpulan pendidik yang diketuai Loris Malaguzzi. Pendidik ini tidak berniat untuk cadangkan programnya dilihat sebagai model yang akan ditiru oleh negara lain. Mereka sendiri anggap hasi kerja mereka sebagai reflection, practice, renewed dan readjusted.
- Falsafah: interaksi dan hubungan kanak-kanak dengan anak-anak dan orang dewasa yang lain adalah komponen penting dalam pembelajaran mereka. ' mereka mesti dilayan sebagai individu yang berwibawa, pintar, ingin tahu, imaginatif, kreatif dan mempunyai hasrat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
- Pendekatan pembelajaran yang digunakan adalah berasaskan projek. bilik darjah Reggio Emilia sentiasa dipenuhi dengan dokumen mengenai pembelajaran kanak-kanak untuk galakkan ibubapa lihat hasil kerja kanak-kanak
MODEL TE WHARIKI
- Merupakan kurikulum bicultural yang sediakan pembelajaran kepada kanak-kanak dlm konteks pembangunan budaya. Ianya dibangunkan pada 2002 melalui Centres of Innovation (COI)(pusat/taska)
- bermula dengan pendekatan montessori sesuaikan untuk keperluan masyarakat dan budaya tempatan New Zealand. Ianya berdasarkan teori Vygotsky
-
-