Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH - Coggle Diagram
MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar
Sikap Pelajar
Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri.Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar mempercepatkanlagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti ini bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan.
Rakan Sebaya
Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya mempunyai pengaruhyang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan , begitulah sikap murid berkenaan.
Keluarga
Remaja yang berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk pada perkembangan kognisi mereka.
Suasana sekolah
Suasana sekolah merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah pelajar yang tidak berdisiplin. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku buruk remaja dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak menyenangkan. Bagi pelajar, suasana yang tidak menarik menjadikan keadaan lebih buruk. Secara sedar atau tidak, sekolah juga turut menyumbang kepada permasalahan disiplin pelajar.
Faktor persekitaran
Persekitaran dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu kearah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain daripada faktor baka.
Guru
Ramai guru yang mengambil bidang perguruan sebagai pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Sama ada berkelakuan baik ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka.
Jenis masalah disiplin masa kini
Kelakuan negatif
Berambut panjang, memakai kasut, dan stoking berwarna, baju T, kuku panjang, bercakap kasar, tidak hormati guru, makan di bilik darjah,membuat bising, membuli, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan,menentang arahan guru
Membolos
Ponteng kelas, sekolah dan aktiviti kokurikulum, datang lambat kesekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, berkhayal, tidur
Jenayah
Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, merokok, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah dan pelbagai kesalahan jenayah yang melibatkan pihak polis
Menipu
Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidakmenghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatanganisendiri surat ibu bapa, buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pur
Salah laku disisplin yang mempunyai kekerapan tertinggi
ponteng sekolah
mengancam murid sekolah
mencuri
berkasar dengan murid sekolah
berbahasa kesat
datang sekolah/masuk kelas lewat
membuat bising dan mengganggu pelajaran
merosakkan harta benda sekolah
ponteng aktiviti kokurikulum
ponteng kelas
Rujukan :
https://www.researchgate.net/publication/326987996_Disiplin_dan_Pelajar
CARA MENGATASI
:red_flag: Peranan Guru
Mewujudkan hubungan yang harmoni antara guru dan pelajar.
Guru-guru perlu cuba membantu murid yang bermasalah disiplin, menyediakan aktiviti-aktiviti yang yang kreatif, bertolak ansur,berdialog dan menyediakan tugas-tugas yang bersifat perseorangan sesuai dengan keperluan pelajar yang terlibat dalam disiplin.
:red_flag: Peranan Ibu Bapa
Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat menghindarkan anak mereka terjerat oleh kelompok jahat, dadah, budaya kuning.
Penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan anak membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
Ibu bapa juga bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang stabil di rumahsupaya kanak-kanak tidak terganggu daripada segi emosi.
Penekanan pada aspek keagamaan perlu diutamakan oleh ibu bapa.
:red_flag: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Semua ibu bapa, guru besar dan guru perlulah melibatkan diri dalam masalah tatatertib yang tidak baik di kalangan murid. Tiap-tiap orang mestilah memainkan peranan masing-masing bagi memperbaiki keadaan.
:red_flag: Kerajaan
Peranan kerajaan menguatkuasaan undang-undang bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di sekolah. Ia biasanya diletakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementarian patutlah mengkaji, mengemas kini pekeliling-pekeliling mengenai disiplin dan meletakkan petunjuk-petunjuk tertentu bagi menghadapi masalah disiplin di sekolah.
Pihak polis dan juga kementerian kebajikan mempunyai peranan penting seperti mengadakan pegawai-pegawai tertentu bagi menghadapi kes-kes disiplin, masalah belia dan pelajar.
Kerajaan perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan yang dikemukakan mendorong kepada keruntuhan akhlak remaja. Tindakan berterusan oleh pihak kerajaan adalah perlu bagi menutup segala yang timbul.
:red_flag: Pihak media
Pihak media memainkan peranan dalam mengetengahkan unsur yang baik untuk ditiru remaja. Media perlu menggunakan pengaruh mereka bagi mendidik masyarakat dan membentuk generasi akan datang.