Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Coggle Diagram
Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan ialah satu usaha berterusan.
Pendidikan ialah proses diterima oleh seseorang berlaku dimana-mana dan tidak tertumpu di sekolah sahaja. Pendidikan ini berlaku secara berterusan sama ada secara formal atau tidak formal.
Memperkembangkan lagi potensi individu
Memperkembangkan lagi kebolehan atau bakat individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Insan yang seimbang dan harmonis
Memiliki jasmani, emosi, rohani dan emosi yang seimbang penting bagi melahirkan kemajuan dalam diri setiap individu.
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Mengintegrasikan semua potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni bagi memenuhi keperluan dalam menjalani kehidupan.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu disemaikan dalam diri setiap individu untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. Setiap individu yang mempunyai kepercayaan agama akan percaya bahawa setiap yang dilakukan di dunia ini mesti mendapat balasan di akhirat.
Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Setiap individu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
Rakyat memiliki akhlak baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Rakyat yang bertanggungjawab
Menerusi pendidikan juga rakyat dapat dididik untuk lebih cakna dengan tanggungjawab terhadap diri dan negara.
Rakyat yang berketerampilan
Rakyat dapat melaksanakan setiap tugasan dengan cekap dan usaha yang terbaik.
Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri
Rakyat dapat memiliki kesejahteraan diri dalam mencapai kehidupan yang aman dan damai.