Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS), RUJUKAN …
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
KONSEP PBS
PENGERTIAN
Merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
PEMBAHAGIAN
Akademik
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Sekolah
Bukan Akademik
Pentaksiran AKtiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik
OBJEKTIF
Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah
Guru pelatih dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
Guru pelatih dapat menghayati kerjaya seorang guru
Guru perlatih dapat membina sikap positif terhadap profesion keguruan
Guru pelatih dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
BAGAIMANA PBS DAPAT MEMPERBAIKI PDP RBT
Guru dapat merancang strategi yang sesuai dan berkesan melalui kelemahan yang dikenalpasti
Murid dapat memperbaiki kelemahan mereka melalui rekod pentaksiran
PBS dapat membantu mengasah bakat dan kebolehan pelajar melalui kaedah yang dilaksanakan
Mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari
Guru dapat menilai perkembangan murid melalui pelbagai aspek dan mendorong guru untuk melakukan tindakan susulan terhadap penilaian yang dilakukan
KEBAIKAN PBS DARI
PERSPEKTIF GURU
Memberi peluang untuk memperkembangkan kreativiti pengajaran
Guru dapat melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran yang kreatif dan secara tidak langsung dapat menilai hasil pembelajaran
Menggalakkan budaya kerja bersepadu
Pihak pentadbir dan guru-guru berbincang dan membina strategi perlaksanaan yang efektif bagi memastikan PBS berjalan dengan lancar.
Dapat melihat perkembangan murid secara meluas
Hal ini kerana pentaksiran yang dilaksanakan tidak hanya meliputi tahap intelek murid malah meliputi aspek-aspek yang lain seperti jasmani, emosi dan rohani.
PERSPEKTIF MURID
Membentuk tingkah laku positif
PBS menjadikan murid lebih proaktif, percaya diri dan selesa belajar di dalam kelas. Mereka juga menjadi lebih aktif dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan suasana yang menyeronokkan
Meningkatkan kemahiran berkumpulan
Murid diberikan peluang untuk bersama-sama berkongsi pelbagai idea sesama rakan kumpulan bagi mencapai tahap penguasaan yang tinggi bersama-sama.
Menggalakkan kemajuan kendiri
Murid diberikan peluang untuk meneroka kebolehan dan kemampuan mereka ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menguji tahap penguasaan tinggi seperti band 5 atau band 6.
PERSPEKTIF AM
Mengurangkan tekanan kepada peperiksaan awam
Secara tidak langsung dapat mengurangkan kes cubaan membunuh diri akibat tekanan dengan peperiksaan awam dan menjadikan corak pembelajaran lebih menarik.
Melahirkan murid yang seimbang
Memberikan penekanan kepada bidang akademik dan bukan akademik serta menggalakkan pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai dan pembinaan etika serta moral dalam diri murid.
PERSPEKTIF IBU BAPA
Meningkatkan kepercayaan ibu bapa terhadap institut sekolah
Perkembangan murid diperhatikan secara menyeluruh melalui PBS yang dijalankan. Oleh ibu bapa tidak perlu risau dan bimbang akan perkembangan pembelajaran murid.
Mengurangkan kelalaian dalam penggunaan teknologi
Murid akan menggunakan teknologi dalam meningkatkan pembelajaran inkuiri atau aktiviti yang diberikan oleh guru.
Penglibatan ibu bapa dalam proses PdP dapat dipertingkatkan
Ibu bapa akan memantau aktiviti yang diberikan oleh guru seperti ulangkaji tambahan atau projek.
KEPENTINGAN PBS
MURID
Mengenali diri dan potensi untuk diperkembangkan
Tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai melalui maklum balas guru
Terlibat dalam pelbagai aktiviti pentaksiran yang lebih bermakna
Berupaya melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada masa kini dan hadapan
GURU
Mengenali diri dan potensi murid
Memberikan fokus terhadap pembelajaran murid
Mendapat maklum balas tentang kaedah pengajaran-pembelajaran
IBU BAPA
Tahu apa yang dikuasai oleh anak
Dapat mengenali diri dan potensi anak untuk digilap
PIHAK BERKEPENTINGAN
Tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang telah melalui sistem pendidikan negara
Mendapat modal insan yang holistik merangkumi kemahiran kebolehkerjayaan
RUJUKAN
http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html
https://www.researchgate.net/publication/308889672_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH_PBS_KEBAIKAN_DARI_PERSPEKTIF_AM_GURU_MURID_DAN_IBU_BAPA
https://www.utusanborneo.com.my/2016/01/20/program-pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs-beri-kelebihan-pada-semua-pihak