Ibnu as-Solah rahimahullah berkata, Muhammad bin Amr bin Alqamah adalah termasuk orang yang terkenal dengan kejujuran dan kehormatan, akan tetapi dia bukan termasuk orang yang matang dalam hafalannya, sehingga sebahagian ulama mengatakan bahawa dia dha’if atau lemah dari sisi hafalannya. Dan sebahagian ulama yang lainnya mengatakan bahawa dia mampu disebabkan kejujurannya dan kehormatannya. Maka hadisnya dari jalur ini adalah hadis Hasan. Maka ketika digabungkan kepadanya riwayat-riwayat dari jalur lain, hilanglah apa yang kita khawatirkan dari sisi buruknya hafalan, dan tertutupilah dengan hal itu kekurangan yang sedikit, sehingga sanad hadis ini menjadi sahih, dan disetarakan dengan tingkatan hadis Sahih.”(Muqaddimah Ibnu as-Solah).