Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran : Autisme - Coggle…
Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran : Autisme
Definisi Kanak-kanak Autisme
Autism Spectrum Disorder (ASD) atau dikenali sebagai Autisme merupakan satu kecelaruan perkembangan yang menjejaskan perkembangan seseorang individu khususnya dalam interaksi sosial dan kemahiran komunikasinya
Perkataan autism merupakan keadaan kanak-kanak yang menumpukan perhatian kepada dunia mereka sendiri
Autisme melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak dalam aspek interaksi sosial, komunikasi, gangguan deria serta masalah tingkah laku
Kanak-kanak autistik biasanya boleh dikesan seawal dua tahun dan terjadi kepada kanak-kanak lelaki empat kali ganda lebih daripada kanak-kanak perempuan
Implikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
PECS (Picture Exchange Communication System)
Membantu kanak-kanak autisme yang tidak bercakap bahasa asasnya dan membantu mereka menyampaikan kemahuannya melalui gambar
Sebagai contoh, jika mereka ingin bermain dengan krayon, mereka akan menunjukkan kad yang mengandungi gambar krayon
TEACCH (Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children)
Membantu kanak-kanak autisme mengatasi masalah mereka terutamanya dalam komunikasi
Semasa interaksi, arahan verbal akan dikurangkan dan menggunakan kad imbasan atau poster untuk menyampaikan tafsiran, dan kad tersebut mengandungi gambar, perkataan atau nombor.
Kaedah ini membantu kanak-kanak autisme mempelajari sesuatu kemahiran dengan pantas dan berkomunikasi dengan lebih baik
Kaedah alunan muzik dan pergerakan bahan
Melalui kaedah ini, mereka akan memberi tindak balas dan rangsangan terhadap arahan yang mudah semasa berinteraksi
Sebagai contoh, lirik lagu seperti tepuk tangan akan menyebabkan mereka meniru setiap langkah mengikut turutan yang akan dipersembahkan
Sebagai guru, kita digalakkan untuk membantu mereka dalam mematuhi arahan dengan menggunakan alunan muzik dan mereka akan memahami arahan yang disampaikan.
Makaton
Mereka boleh memberitahu keperluan mereka dan berkomunikasi dengan pergerakan tangan
Menyokong penggunaan bahasa lisan kerana melibatkan aktiviti non-verbal
Mereka juga memerlukan rakan komunikasi yang dapat memahami tanda-tanda yang ditunjukkan kerana setiap individu berlainan dalam keperluan
Penggunaan ayat yang jelas dan mudah difahami dan bersifat universal
Guru digalakkan menggunakan ayat yang pendek dan ringkas tetapi mudah difahami semasa berkomunikasi dengan murid autisme
Dielakkan bagi guru memberikan arahan lisan yang panjang
Selain penggunaan ayat yang ringkas dan mudah difahami, guru boleh menggunakan bahasa isyarat atau penggunaan bahasa badan yang boleh diaplikasikan untuk melancarkan komunikasi
Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme
- Menghadapi kesukaran untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas aliran perdana kerana sukar menjalinkan hubungan sosial seperti berinteraksi dengan guru dan rakan sekalas
- Tidak berminat untuk bercampur gaul dengan rakan lain dan lebih suka bersendirian
- Tidak menunjukkan respon apabila nama mereka dipanggil
- Mereka tidak dapat melahirkan perasaan secara ekspresif dan sebaliknya, mereka berkomunikasi dengan tingkah laku yang luar biasa seperti bersikap agresif, mengamuk dan mencederakan diri mereka sendiri
- Mereka tidak mampu mempamerkan emosi mereka yang sebenar ketika berkomunikasi
- Kanak-kanak autisme turut kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya untuk berinteraksi
- Mengulangi percakapan yang didengari (Echolalia)
- Bercakap sesuatu yang tidak dapat difahami dan ditakfsirkan maksudnya oleh orang lain