Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU…
KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
Pembelajaran Kontekstual
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Cara Pelaksanaan
Motivasi
Pemahaman
Kemahiran
Penilaian
Ciri-Ciri Pembelajaran
Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda
Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid
Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Bagi Melaksanakan Pembelajaran Secara Kontekstual Dengan Berkesan
Pengajaran guru
Sokongan Pentadbir Sekolah
Komunikasi
Sokongan Masyarakat
Pembelajaran Kontekstual Merentas Pelbagai Disiplin Ilmu
Matematik
Sains
Teknik dan Vokasional
Kemanusiaan
Komunikasi
Bentuk Pembelajaran Kontekstual
R
Relating (Menghubung kait)
Pengetahuan baru dengan pengalaman hidup
E
Experiencing (Mengalami)
Penerokaan, penemuan dan reka cipta
A
Applying (Mengaplikasi)
Bagaimana pengetahuan dan onformasi digunakan dalam situasi
C
Cooperating (Bekerjasama)
Bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi
T
Transfering (Memindahkan)
Pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui
Pembelajaran Masteri
Faktor Mempengaruhi:
Masa
Murid perlu masa yang cukup untuk menguasai hasil pembelajaran
Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
Dapat meningkatkan keupayaan murid menguasai kemahiran yang diajar
Peranan Murid
Maklumkan kepada guru sekiranya belum faham dan menguasai pembelajaran - Guru boleh rancang aktiviti pemulihan
Murid perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya serta hasil pembelajaran yang perlu dikuasai - Membolehkan murid memfokuskan pembelajarannya
Murid perlu ada sifat berdikari - membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kendiri khususnya aktiviti pengayaan
Bermotivasi dan tekun menghadapi pembelajaran - Pembelajaran Masteri memberi peluang murid memperbaiki diri
Murid perlu belajar dan bukannya bertanding dengan rakan yang lain
Miliki keyakinan diri, tidak mudah putus asa, boleh ubahsuai cara berfikir dan bekerjasama dengan murid lain
Peranan Guru
Guru berperanan sebagau pengurus pembelajaran
Guru sebagai penilai pembelajaran
Guru merancang dan mengenal pasti Standard Pembelajaran setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai
Strategi Pembelajaran Masteri
Setiap unit diajar dengan pelbagai strategi, kaedah dan bahan berkumpulan, berpasangan atau individu
Ujian bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid
Aras Masteri ditetapkan pada aras 80 peratus tinggi
Perlu ada maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah dikuasai atau belum
Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran atau objektif PdP
Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilakukan mengikut tahap penguasaan murid
Bahan Pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada segmen-segmen kecil (unit pembelajaran)
Dilaksanakan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid (Prestasi dan tahap Pencapaian)
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)
Model Pelaksanaan PLBD
Model PLBD 2
Berhampiran kawasan sekolah
Model PLBD 3
Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran pihak penguu]rusan institusi berkaitan)
Model PLBD 1
Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah
Objektif PLBD
Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari
Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan, membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu
• Pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar
• mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan
• mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat
Menerapkan nilai-nilai murni
Pembelajaran Akses Kendiri
Objektif Program PAK
Murid akan:
Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
Belajar berasaskan keperluan dan gaya sendiri
Belajar cara belajar
Bertanggungjawab mentaksir pencapaian sendiri
Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari
Bahan PAK
Hasil kerja murid
Bahan Multimedia
Bahan bukan bercetak
Boneka
Bahan bercetak
Konsep PAK
Perancangan murid
Matlamat murid
Kemampuan murid
Keperluan murid
Pusat PAK
Fungsi Pusat PAK
Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pembelajaran yang berkesan
Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja murid
Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran
Berfungsi sebagai pusat pengajaran, kemahiran, amali dan pembelajaran
Menyediakan suasana yang selesa dan menarik
Jenis Pusat PAK
Pusat PAK dalam Pusat Sumber Sekolah
Pusat Mudah Alih
Bilik Khas PAK
Kriteria Pusat PAK
Reka Bentuk
• Ceria
• Menggalakkan kunjungan murid
• selesa
• kondusif
• tidak formal
• bebas tekanan
Susun Atur
• bilik
• ruang / sudut / laluan
• pusat mudah alih
Lokasi
• Mudah dikunjungi murid
• Senang diawasi oleh guru/pentadbir
Konsep Am Pusat PAK
Sebuah bilik khas untuk
Murid belajat secara individu, berpasangan atau berkumpulan
Murid belajar pelbagai mata pelajaran tanpa diselia
Menyimpan bahan-bahan pembelajaran secara sistematik
Berpusatkan murid / Kendiri
Ciri-Ciri PAK
Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
Belajar secara bersendirian/ kumpulan
Mudah akses kepada bahan pembelajaran serta bantuan daripada fasilitator (guru)
Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri
Persekitaran pembelajaran lebih fleksible, selesa, tanpa tekanan
Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar tentang sesuatu idea
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
Menyokong pembelajaran secara koperatif
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran