Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia - Coggle Diagram
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia
Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat awam
Merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam yang meliputi akidah, syariah dan akhlak
Menekankan kepada penghayatan terhadap akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadat ibadat khusus dan umum serta memberikan panduan dalam membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri terhadap pencipta, manusia dan alam
Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan serta dapat menjadikannya sebagai amalan harian dalam setiap aspek cara hidup mereka.
Matlamat
Melahirkan individu yang serba lengkap sama ada dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa.
Menurut al-Ghazali, pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran para pelajar dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk akhlak yang murni.
Melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat
Objektif: Murid berkebolehan:
Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian
Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian
Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya
Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya
Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama
Memahami dan mengamalkan asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah
Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda
Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian
Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa
Kandungan
Bidang Pelajaran Jawi
Bidang Asas Akhlak
Islamiah
Bidang Asas Ulum Syari’yah
Bidang Asuhan Tilawah al-Quran