Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Refleksi Program Bina Insan Guru (BIG) - Coggle Diagram
Refleksi Program Bina Insan Guru (BIG)
Kekuatan
Penerapan nilai-nilai keguruan
Sikap bertanggungjawab sebagai AJK untuk menjalankan aktiviti.
Sikap bekerjasama dan semangat berpasukan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.
Sikap kepimpinan untuk menjalankan program BIG secara maya.
Kelemahan
Masalah capaian Internet
Capaian Internet yang tidak stabil telah menjejaskan kelancaran program atau aktiviti yang dijalankan dalam talian.
Peruntukan masa yang panjang dan pengisian aktiviti yang berkurangan
Pekhemahan maya mengehadkan aktiviti yang boleh dijalankan dalam talian.
Contohnya, aktiviti berakit, keyakinan di air dan abseiling tidak dapat dijalankan secara fizikal dan bersemuka. Maka, kandungan aktiviti tidak dapat disampaikan secara menyeluruh.
Peluang
Terlibat dalam slot Interaksi Profesional di Sekolah
Berpeluang untuk mendengar perkongsian pengalaman daripada bakal guru.
Berperanan sebagai AJK dalam program
Berpeluang untuk mengendalikan slot keyakinan di air.
Terlibat aktiviti dalam talian
Berpeluang untuk mendirikan khemah dan membuat kraf perkhemahan dengan bahan-bahan yang ada di rumah walaupun program berlangsung dalam talian.
Ancaman
Pandemik covid-19
Membuat aktiviti seperti membuat masakan rimba dan aktiviti khidmat masyarakat dengan syarat menjaga SOP.
Kekeliruan atau miskonsepsi terhadap aktiviti
Kekurangan pendedahan pelaksanaan aktiviti secara fizikal menyebabkan ketidakfahaman tentang teknik-teknik untuk membuat sesuatu seperti cara gaya berenang, teknik-teknik untuk berakit dan abseiling.
Cadangan penambahbaikan
Mempelbagaikan aktiviti fizikal yang lebih menarik dan dapat dijalankan dalam talian.
Mengadakan program lagi secara bersemuka dan amali sekiranya diizinkan.