Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK - Coggle…
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK
Amalan 3R
Penerapan amalan 3R, iaitu kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle) dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik. Masyarakat seharusnya dididik untuk memahami konsep amalan berkenaan.
Kurangkan; Mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah seperti penggunaan beg plastik dan bekas polistrena.
Guna semula: Menggunakan semula bekas minuman, surat khabar, majalah atau mendermakan buku-buku dan pakaian.
Kitar semula: Menghasilkan barangan baharu daripada barangan terbuang seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos.
Penggunaan Teknologi Terkini
Loji Waste to Energy (WtE) merupakan teknologi terkini yang mampu mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85%. Teknologi WtE juga mampu mengurangkan pencemaran bau berbanding tapak pelupusan sedia ada.
Penciptaan pinggan daripada ubi kayu dapat menggantikan pinggan polistrena dan mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.
Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa domestik dengan mengenkan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik.
Pendidikan
Program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan kepada generasi muda terutama dari peringkat awal.
Mata pelajaran geografi dan sains dapat memupuk kesedaran dalam kalangan murid.
Pelbagai aktiviti seperti kitar semula boleh dilaksanakan sebagai aktiviti tambahan di sekolah.
Kempen
Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
Kempen-kempen dijalankan secara menyuluruh melalui pelbagai media sosial.
Jabatan Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.