Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA - Coggle Diagram
PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA
Punca Krisis Air Di Malaysia
Malaysia tidak terlepas daripada krisis air walaupun kaya dengan sumber air.
Krisis air merujuk kepada situasi kekurangan sumber air yang dapat digunakan.
Krisis air pernah berlaku di Malaysia seperti di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur pasda tahun 2014.
Penebangan Hutan di Kawasan Tadahan Air
Hutan merupakan ekosistem yang penting untuk sumber bekalan air bersih.
Penerokaan hutan secara meluas dalam kegiatan pembalakan dan pertanian menjadi punca hakisan tanah.
Pemendapan dan hakisan cerun menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air.
Fenomena Cahaya
Fenomena cuaca seperti kemarau dan El Nino merupakan salah satu punca berlakunya krisis air di Malaysia.
Pada tahun 2016, berlakunya fenomena El Nino yang menyebabkan kemarau panjang di seluruh Semenanjung Malaysia.
Antara kesannya adalah penyusutan aras air Empangan Timah Tasoh(Perlis) dan Empangan Tasik Merah(Perak) sehingga tahap kritikal.
Pembuangan Sampah Sarap ke Dalam Sungai
Kebanyakan sungai di Malaysia tercemar dengan sampah dan sisa industri.
Berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2016, sebanyak 229 daripada 473 sungai di seluruh negara didapati tercemar.
Permintaan Yang Tinggi Sektor Perindustrian
Menjelang tahun 2020, permintaan air dalam sektor perindustrian akan terus meningkat.
Antara industri yang melibatkan banyak penggunaan air ialah industri pemprosesan makanan, industri pembuatan dan penyaduran serta industri kimia.
Penggunaan Baja Kimia dan Racun Serangga dalam Pertanian
Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan atau tidak mengikut piawaian dalam pertanian menyebabkan pencemaran sungai yang serius.
Peningkatan Populasi Penduduk Malaysia
Pada tahun 2020, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 35 juta orang.
Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan permintaan terhadap air.