Kemahiran Bahasa
e-PEMBELAJARAN 3
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Murid Keperluan Khas
Standard Kandungan
1.1 Mendengar dan memberikan respons
Standard Pembelajaran 1.1.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap; (i) suruhan dan permintaan
Aktiviti
1) Murid mendengar rakaman video perbualan.
2) Guru bersoal jawab dengan murid.
3) Murid mencatat maklumat di dalam buku tulis.
4) Guru memberi arahan kepada murid iaitu murid perlu memastikan buku-buku latihan berada di atas meja guru.
5) Murid memberi respons dengan mengumpul buku-buku latihan dan menghantarnya di atas meja guru.
Standard Kandungan 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
Standard Pembelajaran 1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dengan menggunakan idea secara kritis dan kreatif
Aktiviti
1) Guru menayangkan video tentang dua jenis pokok iaitu pokok pisang dan pokok mangga.
2) Murid membuat banding beza kedua-dua pokok itu dengan menggunakan peta buih berganda.
3) Murid menyampaikan maklumat tentang pokok pisang dan mangga dalam bentuk nyanyian.
Standard Kandungan 2.1 Asas membaca dan memahami
Standard Pembelajaran 2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai dan memahami; i) pelbagai jenis ayat
Aktiviti
1) Guru memaparkan sebuah teks.
2) Murid membaca dan menanda ayat tanya, ayat majmuk dan ayat seruan menggunakan marker yang berbeza-beza warna.
3) Murid mencatat ayat yang diwarnakan di dalam buku tulis.
4) Murid menyampaikan maklumat yang diperoleh secara berpasangan.
Standard Kandungan 3.1 Asas Menulis
Standard Pembelajaran 3.1.1 menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk; ii) perkataan
Aktiviti
1) Guru memaparkan gambar berserta petikan yang bertajuk 'Berkongsi Minat'.
2) Murid diminta menyebut perkataan-perkataan yang telah ditebalkan hurufnya.
3) Guru meminta murid menyalin perkataan-perkataan tersebut dalam tulis berangkai dengan betulnya.
Definisi
- Program pendidikan yang dirancang kan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi JERIS. (Dr. Chua Tee Tee, 1982)
- Terbahagi kepada tujuh kategori.
Kurang Upaya Pendengaran
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang Upaya Fizikal kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy
Kurang Upaya Pertuturan
Kurang Upaya Mental
Kurang Upaya Pelbagai
Masalah Pembelajaran lembam, sindrom down, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyoeractive Disorder (ADHD), disleksia dll.