Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cara guru melaksanakan proses PdP untuk kanak-kanak berkeperluan khas -…
Cara guru melaksanakan proses PdP untuk kanak-kanak berkeperluan khas
Disleksia
Kaedah Multisensori. Kaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria.
T – tactile (sentuhan)
K – kinesthetic (pergerakan )
A – audio (pendengaran)
V – visual (penglihatan)
Kaedah pelbagai deria ini juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi:
Prosedur Pengajaran kaedah VAKT
Murid memerhati perkataan yang dipelajari (V-A)
Guru menyebut perkataan dan murid mendengar (A-V)
Murid menyebut sambil memerhati perkataan itu (V)
Murid cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya (K-T)
Murid membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal (V-K)
Berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran kerana rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.
Slow learners ( Lembam )
Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendekdan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan
Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit
Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar.
Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-muridlembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer.
Pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak.
Autisme
Melaksanakan pengajaran menggunakan auditori atau visual
murid akan mengukuhkan ingatan mereka dengan mendengar semula rakaman pita audio.
Kaedah visual dengan menggunakan foto-foto , gambar rajah atau lambang dapat membantu kanak-kanak meluahkan perasaan mereka.
Kaedah Pemudacaraan
lebih meniitik beratkan peranan murid dalam pembelajaran di mana guru hanya berperanan sebagai fasitator yang berfungsi untuk menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan.
guru dapat menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas
Main sambil belajar
teknik ini merupakan aktiviti yang dijalankan secara spontan dan menyeronokkan yang membawa kepada pembelajaran.
main adalah ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak
-kaedah ini mampu menarik minat dan perhatian murid-murid yang menghadapi autisme.
Masalah Pendengaran
Strategi pengajaran
Sediakan arahan bertulis atau bergambar
Lakonkan langkah-langkah untuk aktiviti
Murid berada di hadapan
Guru memastikan pergerakan bibir dilakukan dengan jelas
Gunakan objek konkrit untuk menggambarkan konsep
Buat demonstrasi tentang soalan pendaraban yang disampaikan menggunakan objek yang boleh disentuh
Bahasa Isyarat
guna isyarat untuk mewakili kata-kata, idea dan konsep,juga guna ikonik untuk sampaikan makna
Guru perlu belajar mengenal alat bantuan dengan pelajar seperti ejaan jari. Selepas itu ,guna komunikasi keseluruhan: isyarat + percakapan + bacaan bibir
Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
Masalah Penglihatan
1.Braille
menggantikan ‘raised-line letters’
• penting bagi pelajar buta utk hidup berdikari
• merupakan alat tulis untuk orang buta di seluruh dunia untuk menulis dengan mudah, cepat dan tepat.
• Boleh digunakan utk menulis formula Sains, Maths, muzik dan bahasa asing.
• Guru khas membantu murid buta dlm kelas biasa utk belajar braille
Kelebihan: membolehkan pelajar mencari bahagian tertentu dalam teks / ‘skimming’, mencatat nota, membaca ucapan.
2.Pengajaran menggunakan daya penglihatan yang masih ada (remaining sight/rabun)
alat pembesar (kanta pegang, tv skrin)
buku cetakan besar (10 pt type - 30 pt, 18 pt paling popular)
Guna teleskop ketika guru mengajar
Large-faced typewriter
Projector
• Alat bantu mengajar belajar hendaklah besar, berwarna, kontras, dan bilik hendaklah terang
Masalah Pertuturan
Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh guru.
aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid-murid bertutur
Contohnya, guru menunjukkan budak sedang berlari sambil menyebut “Dia sedang berlari”. Seterusnya k anak-kanak mungkin hanya menyebut “dia”.
Guru terus mengulang perkataan secara berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik.
aktiviti modeling
Satu model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang dipertuturkan oleh model tersebut.
Di sini murid-murid akan mendengar dan mula berbahasa dan bertutur dengan baik.