Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEUTUHAN WACANA :pencil2: - Coggle Diagram
KEUTUHAN WACANA :pencil2:
KEUTUHAN GRAMATIKAL
2.Kata rujukan
Contoh: Pasukan sukarelawan itu menderma makanan kepada penganggur di tepi jalan. Mereka bahkan membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Aman.
3.Peleburan/pengguguran(Elipsis) dan Penggantian
Contoh: Siti mendapat keputusan yang cemerlang manakala Fikri tidak begitu memuaskan.
1.Kata hubung
Contoh: Langkah untuk mencegah Covid-19 ialah sentiasa memakai pelitup muka. Seterusnya, menjaga penjarakan sosial.
Hubungan Keutuhan Gramatikal Dengan Aspek Tatabahasa
2.Penanda Rujukan
Contoh:
i. Afrina merupakan anak tunggal. Dia amat disayangi oleh ibu bapanya.
ii. Atlet paralimpik bertanding di Tokyo,Jepun. Mereka perlu menetap di sana sekurang-kurangnya awal dua minggu sebelum pertandingan.
3.Penanda Penggantian
contoh: Shaza terlibat dalam sukan memanah. Penyertaannya membuatkan peserta lain tergugat.
1.Penanda Penghubung
contoh: Cara membentuk keluarga bahagia ialah mengamalkan nilai kasih sayang. Selain itu, mewujudkan sikap hormat-menghormati.
4.Elipsis
contoh : Anis: Awak dah makan? (Awak sudah makan?)
Hanif: Ya, dah. (Saya sudah makan)
KEUTUHAN LEKSIKAL
d) homonim : Orang awam mengambil kesempatan mencerap anak bulan untuk menentukan awal bulan Ramadan.
e) pengulangan kata yang sama : Tarian yang dipersembahkan oleh Rina itu mempunyai pergerakan yang lembut dan khusus. Oleh itu, pergerakannya yang lembut itu telah menambat hati juri.
c) hiponim : Harimau Malaya dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Hal ini demikian kerana Harimau Malaya merupakan haiwan yang terancam
g) unsur bersambut : Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan.
b) sinonim : Pemandangan di pantai itu sangat cantik. Keindahannya boleh memberi ketenangan kepada orang ramai yg berkelah di pantai itu.
kolokasi : Murid kelas 3 Aranda sudah menyusun kerusi dan meja itu pagi tadi.
a) antonim : Api yang membakar hutan itu marak pada awalnya dan padam setelah hujan turun dengan lebatnya.
h) akronim : Ali akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
-Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan
KEUTUHAN FONOLOGI
-Unsur-unsur para linguistik membantu pemahaman tentang sesuatu wacana
-Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para linguistik ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal dan sebagainya.
-Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat daripada segi hentian
suara, nada suara, dan intonasi suara.
-Dalam wacana lisan, unsur-unsur para linguistik ialah ekspresi wajah atau gerakan tangan dan badan.
Cth : Ayah makan ikan goreng itu?
Ayah makan ikan goreng itu.
KEUTUHAN SEMANTIK
HUBUNGAN SEMANTIK DI ANTARA BAHAGIAN BAHAGIAN WACANA
ii.Hubungan Sebab dan Tujuan
Cth: Izzati pergi ke kedai. Dia ingin membeli roti.
iii.Hubungan Sebab dan Hasil
Cth: Arifah sangat aktif dalam sukan. Dia dianugerahkan tokoh sukan pada peringkat kebangsaan.
i.Hubungan Sebab dan Akibat
Cth: Aliyah suka makan makanan tidak berkhasiat. Dia menghidapi penyakit kronik.
iv.Hubungan Latar dan Kesimpulan
Cth: Nafisah sungguh hebat dalam mengembangkan isi dalam pertandingan syarahan itu. Sebenarnya, Cikgu Maimunah yang menyediakan teks syarahan itu kepadanya.
HUBUNGAN SEMANTIK DARI SEGI KONTEKS ATAU LATAR WACANA
i.Kesatuan tajuk atau topik
Cth: Perangainya sungguh baik. Dia amat suka membantu orang sekeliling. Dia sudah berubah.
ii.Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar
Cth: A: Awak dah nak ke sana?
B: Ya, jika lambat saya akan terlepas.
iii.Laras Bahasa yang bersesuaian
cth laras bahasa dalam iklan : Sungguh enak dimakan begitu saja.
NAMA AHLI KUMPULAN
NUR ILHAMI
NUR LISA RIZANI
NUR NAFISAH