Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TABURAN PENDUDUK ASIA TENGGARA - Coggle Diagram
TABURAN PENDUDUK ASIA TENGGARA
Taburan Penduduk Asia Tenggara
Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan di muka bumi.
Taburan penduduk di Asia Tenggara adalah berbeza-beza mengikut kawasan di muka bumi.
Penduduk di Asia Tenggara dianggarkan melebihi 640 juta orang(sehingga Jun 2016).
Angka tersebut bersamaan 8.62% daripada keseluruhan populasi penduduk dunia.
Taburan penduduk di Asia Tenggara terbahagi kepada tiga, iaitu padat, sederhana dan jarang.
Penduduk Di Asia Tenggara
Malaysia 30 791 098
Brunei Darussalam 428 408
Indonesia 260 834 826
Filipina 102 395 857
Vietnam 94 528 565
Thailand 68 164 086
Myanmar 54 407 086
Kemboja 15 850 684
Laos 6 929 312
Singapura 5 705 230
Timor Leste 1 213 743
Anggaran jumlah penduduk negara-negara di Asia Tenggara sehingga Jun 2016.
Padat
Ibu negara dan bandar utama.
Sungai sebagai jalan perhubungan
Dataran pantai untuk perikanan
Delta dan lembah sungai yang subur
Sebagai contoh, pantai barat Semenanjung Malaysia, Pulau Jawa(Indonesia) dan Bangkok(Thailand).
Sederhana
Kawasan pinggir bandar
Kawasan bandar baharu
Kawasan pertanian
Sebagai contoh, pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sumatera(Indonesia), pantai Arakan Yoma(Myanmar) dan pinggir Sungai Mekong(Vietnam).
Jarang
Kawasan pedalaman yang mempunyai perhubungan yang terhad
Kawasan pergunungan dan banjaran
Kawasan berpaya dan berhutan tebal
Sebagai contoh, kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah(Malaysia), kawasan paya Sumatera Timur(Indonesia) dan kawasan Banjaran Annam(Vietnam).