Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Coggle Diagram
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Usaha berterusan
Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan seperti kemajuan dalam k-ekonomi dan ICT
Perubahan menggalakkan pengurusan pengetahuan dengan penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan terkini
Membayangkan pendidikan sepanjang hayat.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Hubungkaitkan kendiri, persekitaran dan Tuhan
Mengakui tentang wujudnya Pencipta.
Memperkembangkan
lagi potensi individu
Individu memiliki bakat terpendam, potensi dan anugerah daripada Tuhan yang mungkin tidak disedari
Potensi dan kebolehan ini perlu dikembangkan dan dimajukan sepanjang masa melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan bermutu.
Menyeluruh &
bersepadu
Potensi dan kebolehan perlu dimajukan secara bersepadu.
Seimbang dan harmonis
Menghargai pengetahuan, memiliki sahsiah unggul, percaya kewujudan Tuhan, sabar dan cekap menghadapi dugaan
Rasional, sihat, bekerjasama, sentiasa berusaha menyelesaikan masalah.
Intelek
Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif
Menggunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain, berkongsi dan menyebarluaskan pengetahuan.
Rohani
Percaya kewujudan Tuhan, menganuti agama, nilai moral dan norma masyarakat, berkelakuan baik, taat, sanggup berkorban untuk bangsa dan negara.
Emosi
Berdikari, tenang, berkelakuan baik, penyayang, espirit de corp
Menghargai keindahan dan seni.
Fizikal
Tangkas dan sihat
Mengembangkan bakat kemahiran teknikal/manipulatif
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Budaya ilmu, teladan, dahagakan ilmu, membaca untuk kendiri dan orang lain, minda terbuka
Menyebarluaskan maklumat
Berketerampilan
Cekap kerana memiliki pengetahuan dan kelulusan
Memahami prosedur kerja.
Berakhlak mulia
Berbudi bahasa dan berdisiplin
Mampu membezakan nilai baik dan buruk dan memiliki nilai terpuji
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek rohani
Bertanggungjawab
Cekap, jujur, boleh dipercayai, mematuhi undang-undang:
Berusaha memajukan kendiri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan Negara.
Berkeupayaan menikmati
kesejahteraan
Mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran, waras dan tenang
Sihat tubuh badan
Mampu menjalin perhubungan baik dengan orang lain.
Menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
Kerjasama, toleransi, hormat
Menjalin keluarga bahagia
Patriotik dan cinta akan negara
Menghargai dan mengamalkan Rukun Negara
Mematuhi dan melindungi perlembagaan
Memajukan ekonomi melalui pelbagai cara