JENIS-JENIS SUMBER AIR
Jenis-jenis Sumber Air
Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun, iaitu kira-kira 3 000 mm setahun.
Malaysia kaya dengan dua sumber air, iaitu air permukaan dan air bawah tanah,
Sumber air permukaan adalah sumber air utama dan sebahagian kecil sahaja sumber air bawah tanah digunakan.
Secara umumnya 97% sumber air negara adalah daripada air permukaan.
Air Permukaan
Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan.
Apabila hujan turun, air hujan akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti intersepsi dan infiltrasi.
Air hujan akan mengalir di permukaan bumi sebagai air permukaan yang akan sampai ke sistem saliran seperti sungai, empangan dan tasik.
Sungai merupakan sumber air utama untuk kegunaan seharian, industri dan sumber pengairan bagi pertanian.
Terdapat lebih kurang 150 lembangan sungai utama di Malaysia yang membekalkan sumber air mentah negara.
Antara Sungai Dan Tasik Yang Membekalkan Sumber Air Utama Di Malaysia
Sungai
Sungai Kelantan(Kelantan).
Sungai Rajang(Sarawak).
Sungai Pahang(Pahang).
Sungai Muda(Kedah).
Sungai Kinabatangan(Sabah).
Tasik
Tasik Banding(Perak).
Tasik Kenyir(Terengganu).
Tasik Bera(Pahang).
Tasik Chenderoh(Perak).
Air Bawah Tanah
Air bawah tanah bermaksud air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi.
Malaysia mempunyai kira-kira 5 000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diterokai.
Hanya tiga peratus air bawah tanah yang digunakan di Malaysia.