PENAWARAN

a.Takrifan Penawaran


Penawaran ialah kuantiti barang dan
perkhidmatan yang ingin dan mampu
dijual/ditawarkan oleh pengeluar pada tingkat
harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu.

b.Hukum Penawaran


Hukum penawaran menerangkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah langsung (positif).


Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti ditawar akan meningkat dan apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti ditawar akan jatuh dengan andaian ceteris paribus.


Ceteris paribus.
-Ialah faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri diandaikan tidak berubah/ malar.

c.Jadual dan Bentuk Keluk Penawaran Firma


d.Fungsi dan persamaan penawaran


Persamaan penawaran menunjukkan hubungan antara tingkat harga dan kuantiti yang ditawarkan.


Persamaan penawaran


             Qs=a+bP

Qs=Kuantiti ditawar
a =Pemalar yang menunjukkan kuantiti
ditawar pada harga kosong
b =Kecerunan keluk penawaran
P =Harga


Katakan harga asal ialah RM5 dan kuantiti ditawar adalah sebanyak 100 dan apabila harga meningkat kepada RM15, kuantiti ditawar meningkat kepada 120.


100 = a + 5b …………. (1)
120 = a + 15b .…………. (2)


(2) - (1) 20 = 10b
b = 20/10
b = 2


Gantikan b dalam mana-mana persamaan, katakan dalam persamaan (1):


    100 =  a  -  5(2)
         a  =  100 – 10
         a  =  90

    Maka fungsi penawaran ialah

     Qs  =  90  +  2P 

e.Penawaran pasaran


Penawaran firma:
~Penawaran sesuatu barang dan perkhidmatan oleh sebuah firma pada tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.


Penawaran pasaran:
~Penawaran semua firma dalam pasaran yang dicampurkan pada tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.



2.2.2. Faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran

d.Matlamat Pengeluar
Memaksimumkan keuntungan:
Jika pengeluar bertujuan memaksimumkan keuntungan, maka ia akan mengurangkan penawarannya.


Memaksimumkan pengeluaran:
Ia akan menawarkan barang seberapa banyak yang mampu. Contoh firma yang dimiliki oleh kerajaan

e.Teknologi
Penggunaan teknologi moden dan canggih dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah firma. Melalui teknologi moden, penghasilan barang secara besar-besaran dapat dilakukan. Oleh itu keupayaan penawaran dapat ditingkatkan.


C.Kos Pengeluaran
Kenaikan kos pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh menyebabkan keuntungan firma terjejas. Sekiranya harga barang yang dijual dipasaran tetap. Maka untung firma akan berkurang. Seterusnya firma akan cuba mengurangkan bilangan penawaran barang dan perkhidmatan.


f.Dasar Kerajaan
Cukai:
Untuk menggalakkkan penawaran tempatan kerajaan mengenakan cukai keatas barang diimport. Kenaikan harga barang diimport menyebabkan permintaan barang tempatan meningkat. Seterusnya penawaran dalam negara bertambah


Subsidi:
pemberian subsidi kerajaan terhadap firma tempatan akan menyebabkan kos pengeluaran berkurang. Keadaan ini dapat menggalakkan firma mempertingkatkan pengeluaran sesuatu barang.


~Contohnya,Kerajaan mengadakan kempen dan penetapan undang-undang

b.Harga barang lain
i . Penawaran Bersama
ii. Penawaran Bersaing


i.Penawaran bersama
Melibatkan barangan yang akan dikeluarkan secara bersama-sama dengan pengeluaran barang lain.


Contohnya: Daging lembu dan kulit lembu merupakan penawaran bersama. Kenaikan harga daging lembu menyebabkan pertambahan penawaran kulit lembu.


ii.Penawaran bersaing
Penawaran bersaing melibatkan barangan yang pengeluarannya dapat diganti dengan mudah untuk mengeluarkan barang lain yang menggunakan faktor-faktor ekonomi yang sama.


Contohnya:
Sayur bayam dan sayur sawi. Kedua-dua ini dapat dikeluarkan dengan faktor yang sama. Kenaikan harga bayam menyebabkan penawaran barang bersaing (sawi) berkurang.


click to edit

a.Harga barang itu sendiri
Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang ditawarkan. Sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang semakin kuranglah kuantiti barang ditawarkan.
( Keluk penawaran sendiri/ pergerakan disepanjang keluk penawaran)


g.Bilangan Firma
Secara umumnya semakin ramai pengeluar dalam sesuatu barang, semakin tinggi kuantiti penawaran barang tersebut.


h.Musim
Pada musim tengkujuh, penawaran ikan atau getah akan berkurangan.

2.2.3Perubahan Kuantiti yang ditawarkan
(Perubahan pada satu keluk penawaran)

click to edit

Perubahan Penawaran(peralihan keluk penawaran)


Ia merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama ada ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor lain selain daripada perubahan harga barang itu sendiri.
Contohnya : Peningkatan teknologi akan menambahkan penawaran. Peralihan ini dipanggil pertambahan penawaran
Peningkatan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran. Peralihan ini dikenali sebagai pengurangan penawaran.

-Perubahan dalam kuantiti ditawar disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri. Faktor-faktor lain diandaikan tetap. Ia merupakan pergerakan titik disepanjang keluk penawaran yang sama.


-Kenaikan harga menyebabkan kuantiti ditawarkan bertambah.


-Penurunan harga menyebabkan kuantiti ditawarkan jatuh.

2.2.4 Penawaran Luar Biasa :Keluk Penawaran Buruh

-Penawaran luar biasa berlaku keatas penawaran buruh. Pada peringkat awal apabila upah meningkat penawaran jumlah jam bekerja sehari akan meningkat kerana buruh ingin meningkatkan pendapatan.
-Sehingga satu peringkat, apabila bayaran upah meningkat jumlah jam bekerja yang ditawarkan jatuh kerana buruh lebih mementingkan masa rehat.
-Keluk penawaran luar biasa buruh regresif dibahagian atas dan bertentangan dengan hukum penawaran.