Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2: TEORI PERMINTAAN , PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN - Coggle…
BAB 2: TEORI PERMINTAAN , PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN
Takrif Permintaan
Permintaan ialah keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang dan perkhidmatan pada pelbagai tingkat harga dan pada suatu tempoh tertentu.
Hukum Permintaan
-Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah
secara songsang.
-Apabila harga sesuatu barang meningkat kuantiti yang
diminta jatuh,sebaliknya apabila harga sesuatu barang jatuh
maka kuantiti yang diminta akan meningkat , dengan
andaian ceteris paribus.
-Ceteris paribus ialah faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri diandaikan tidak berubah/malar.
Fungsi Permintaan
Qd=a-bP
Qd=Kuantiti Diminta
a=pemalar yang menunjukkan kuantiti diminta
pada harga kosong
b=kecerunan keluk permintaan
P=Harga
Permintaan Individu
Keluk permintaan individu ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta oleh seseorang pengguna terhadap sesuatu barang pada suatu tingkat harga tertentu dalam suatu tempoh.
Permintaan Pasaran
Keluk permintaan pasaran ialah keluk yang menunjukkan hubungan jumlah permintaan semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam suatu tempoh masa tertentu.
-
-
Perubahan Permintaan
Perpindahan atau peralihan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan selain daripada harga barang itu sendiri .
Disebabkan oleh Faktor- Faktor seperti:
a) Perubahan Harga Barang Lain
b)Citarasa pengguna
c)Pendapatan pengguna
d)Jumlah Penduduk
e)Jangkaan masa depan
f)Kemudahan Kredit
g)Dasar Kerajaan
h)Musim
Permintaan Luar Biasa
Keluk Permintaan Luar Biasa tidak mematuhi hukum permintaan Ia tidak mencerun ke bawah dari kiri ke kanan .
a) Barang Mewah
-barang mewah pengguna merasakan semakin tinggi
harganya ,barang itu semakin berprestij.
b)Brang Giffen
-merupakan barang bawahan yang berharga sangat
murah,bermutu sangat rendah dan biasanya diminta oleh
golongan berpendapatan rendah
c)Barang Mesti
-merupakan barang keperluan harian yang penting dalam
kehidupan masyarakat.
-Keluk permintaan bagi barang mesti berbentuk garis tegak
(tidak anjal sempurna) menunjukkan perubahn harga tidak
memberi kesan kepada kuantiti.
Takrif Penawaran
Penawaran ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu dijual /ditawarkan oleh pengeluar pada
tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu.
Hukum Penawaran
-Hukum penawaran menerangkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah positif . .
-Apabla harga sesuatu barang meningkat , kuantiti ditawar
akan meningkat dan apabila harga sesuatu barang jatuh
kuantiti , ditawar akan jatuh dengan andaian ceteris paribus
-
Penawaran Pasaran
Penawaran Firma
-penawaran sesuatu barang dan perkhidmatan oleh sesebuah firma pada tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa terten.
Penawaran Pasaran
-Penawaran semua firma dalam pasaran yang dicampurkan pada tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.
-
-
-
Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan pasaran ialah keadaan harga dan kuantiti tidak berkecenderungan untuk berubah apabila harga dan kuantiti diminta sama dengan harga dan kuantiti ditawar pada tingkat harga tertentu.
Secara Persamaan:
Qd=Qs
Secara keluk:
Titik persilangan antara keluk permintaan dan keluk penawaran
-
-
-
-