Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN - Coggle Diagram
PERMINTAAN,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN
KESEIMBANGAN PASARAN
-Keseimbangan pasaran ialah keadaan harga dan kuantiti tidak berkecenderungan untuk berubah
-Keseimbangan pasaran berlaku apabila Qd=Qs.
-Melalui keluk keseimbangan pasaran , harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan dapat dicari melalui titik persilangan keluk permintaan dan keluk penawaran.
-
-
PERMINTAAN
- Permintaan ialah keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang dan perkhidmatan pada pelbagai tingkat harga dan pada suatu tempoh tertentu.
- Hukum Permintaan :
Hubungan antara harga dan kuantiti diminta ialah negatif iaitu apabila harga menurun,maka kuantiti diminta meningkat dengan andaian ceteris paribus.
- Fungsi permintaan : Qd=a-bP
- Jenis permintaan :
i) Permintaan individu :
Keluk permintaan individu ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta oleh seseorang pennguna terhadap sesuatu barang pada suatu tingkat harga tertentu dalam satu tempoh masa.
ii)Permintaan pasaran :
Keluk permintaan pasaran ialah keluk yang menunjukkan hubungan jumlah permintaan semua individu dalam pasaran pada suatu tempoh masa tertentu.
-
-
PERMINTAAN LUAR BIASA
Barang Mewah
Permintaan terhadap barang mewah bergantung kepada kekayaan pengguna.Pengguna yang mahal akan membeli barang yang lebih mahal.
Barang Giffen
Barang bawahan adalah barang yang bermutu rendah tetapi berharga rendah.Oleh itu,barang bawahan hanya dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.Permintaan terhadap barang bawahan meningkat apabila bilangan golongan berpendapatan rendah.
Barang Mesti
Barang mesti ialah barang keperluan harian seperti gula.Oleh itu,disebabkan permintaan terhadap barang tersebut sentiasa tetap pada setiap tingkat harga maka keluk permintaanya adalah tegak.
PENAWARAN
- Penawaran ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu ditawarkan oleh pengeluar pada tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu.
- Hukum Penawaran :
Hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah positif kerana kuantiti ditawar meningkat apabila harga barang menurun
- Fungsi Penawaran : Qs=a+bP
- Jenis Penawaran :
-Penawaran firma :
Penawaran barang oleh firma pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.
-Penawaran pasaran :
Penawaran semua firma dalam pasaran yang dicampurkan pada tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.
-
-
PENAWARAN LUAR BIASA
Penawaran buruh : Penawaran ini berlaku apabila upah diberikan pada kadar yang rendah dengan masa jam bekerja yang kurang.Selepas itu,upah sejam buruh meningkat dengan penambahan masa bekerja yang sangat banyak.Oleh itu,buruh akan mementingkan rehatnya maka masa bekerja buruh berkurang tetapi upah sejam buruh bertambah.
DASAR KERAJAAN
DASAR HARGA
DASAR HARGA MAKSIMUM
-Merupakan dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan pasaran
-Tujuan tindakan ini dilaksanakan oleh kerajaan ialah menjaga kebajikan pengguna
-Dasar ini dapat mengurangkan inflasi
KESANNYA :
-Permintaan melebihi penawaran
-Lebihan permintaan akan menyebabkan berlakunya pasaran gelap
-Kerajaan dapat mengatasi pasaran gelap dengan mengadakan dasar pencatuan dan menguatkuasakan undang-undang.
-Kerajaan mengatasi lebihan permintaan dengan mengimport barang
DASAR HARGA MINIMUM
-Merupakan dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
-Tujuan tindakan ini dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk menjaga kebajikan pengeluar
KESANNYA :
-Penawaran melebihi permintaan
-Kerajaan akan membeli lebihan penawaran dan menyimpannya dalam stok penimbal bagi mengatasi masalah lebihan penawaran.
-Jika ada permintaan terhadap barang tersebut maka kerajaan akan menjual atau mengeksportnya.
-Dasar ini dapat meningkatkan harga serta pendapatan pengeluar.
CUKAI DAN SUBSIDI
CUKAI JUALAN
-Merupakan cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barang dan hanya dibayar pada masa jual beli barang.
-Cukai jualan yang dikenakan akan meningkatkan kos pengeluaran pengeluar yang mana akan menyebabkan pengeluar terpaksa memindahkan beban kos kepada pengguna.
-Kenaikan kos pengeluaran juga akan menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran yang mana akan mengalihkan keluk penawaran ke kiri.Oleh itu , harga pasaran akan meningkat.
1) -Fungsi penawaran sebelum cukai :
QS1 = a + bP
-Setelah cukai per unit dikenakan , fungsi penawaran berubah menjadi :
QS2 = a + b ( P - Cukai Per Unit )
ATAU
2) -Fungsi penawaran sebelum cukai :
P1 = a + dQ
-Setelah cukai per unit dikenakan,fungsi penawaran berubah menjadi :
P2 = a + dQ + Cukai Per Unit
SUBSIDI
-Merupakan bantuan kerajaan kepada pengeluar bagi mengurangkan kos pengeluaran yang mana menambahkan keluaran
-Keluk penawaran beralih ke kanan
1) -Fungsi penawaran sebelum subsidi :
QS1 = a + bP
-Setelah subsidi sikenakan , fungsi penawaran berubah menjadi
QS2 = a + b ( P + Subsidi )
ATAU
2)-Jika fungsi penawaran sebelum subsidi
P1= c + dQ
-setelah subsidi dikenakan , fungsi penawaran berubah menjadi
P2= c + dQ - Subsidi