Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman…
Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
Pendahuluan
masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama dalam suatu tempat dengan aturan-aturan dan cara tertentu.
Mereka menganut pelbagai kepercayaan dan menampilkan adat resam serta budaya masing-masing.
golongan masyarakat Islam zaman Khulafa ar Rasyidin terdiri daripada golongan masyarakat Arab dan Bukan Arab, Orang Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl al Ayyam.
Golongan Bukan Arab terdiri daripada kaum Parsi dan Qibti
Golongan murtad
Terdiri drpd kabilah Arab yg menerima islam dgn tujuan mendapatkan perlindungan politik drpd Negara islam. Setelah nabi wafat, mereka kembali semula ke amalan jahiliah.
Abu bakar mengambil tindakan dgn menghantar pendakwah supaya mereka kembali kpd ajaran islam.
Pasukan tentera islam telah Berjaya mengalahkan golongan ini & mereka kembali semula kpd ajaran islam.
Golongan Nabi Palsu dan Pengikutnya
Nabi-nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al-Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh.
Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan pengaruh dan kepentingan peribadi
Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40,000 orang yang berpusat di Yammah.
Golongan Yang Enggan membayar zakat.
Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada Nabi Muhammad SAW.
Mereka terdiri daripada penduduk Bahrin, Yammah dan Hirah
Di Yammah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin al-Mughirah.
Golongan Al- Qurra
Berasal drpd golongan ahl al ayyam yg diberikan amanah utk menguruskan tanah di Iraq
Mereka menggelar diri mereka sbg al-Qurra bagi menjaga status & membezakan drpd golongan ahl al ayyam yg lain terutama bekas golongan murtad.
Golongan ini bertanggungjwb menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.
Golongan Khawarij
Mereka terdiri drpd bekas penyokong Khalifah Ali yg terlibat dlm Perang Jamal & Perang Siffin
Mereka tidak bersetuju dgn tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dgn tentera Muawiyyah dlm Perang Siffin & rundingan Majlis Tahkim
Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sbg golongan Khawarij.
Mereka membunuh Khalifah Ali & melancarkan gerakan menentang Bani Umaiyyah.
Kesimpulan
Nabi Muhammad saw berusaha membentuk masyarakat islam di makkah melalui dakwah.
Masyarakat islam di Madinah juga dibentuk melalui dakwah oleh golongan muhajirin dgn sokongan penduduk tempatan Madinah sendiri, iaitu golongan Ansar.
Perkembangan masyarakat islam berlaku dgn pantas menerusi dakwah & penaklukan yg membawa kpd perkembangan ufuk pemikiran & kebudayaan.