Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA - Coggle Diagram
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Pendidikan dari aspek etimologi
Menurut tatabahasa Melayu, perkataan pendidikan adalah berasal daripada perkataan didik yang bermaksud pelihara, menjaga dan ajar
Istilah pendidikan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai education yang bererti pendidikan atau latihan
dalam bahasa Arab istilah ini dikenali sebagai tarbiah, ta’lim dan ta’dib yang bererti pemeliharaan, asuhan dan didikan
Al-Hazimi memetik pandangan Al-Baidawi yang menyatatakan pendidikan ialah satu proses menyampaikan sesuatu perkara sehingga mencapai kesempurnaan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat
Asfahani yang mendefinisikan pendidikan sebagai proses membentuk sesuatu yang dilakukan secara berperingkat dan tersusun sehingga mencapai kepada keadaan yang paling sempurna
Hasan Langgulung menyatakan maksud pendidikan dalam erti kata yang umum meliputi hampir semua bidang aktiviti manusia daripada yang paling sederhana hingga kepada aktiviti yang kompleks. dalam erti yang khusus pula meliputi aktiviti manusia untuk memelihara kelangsungan hidupnya sama ada sebagai seorang individu atau
sebagai anggota masyarakat
:Pengertian Pendidikan Islam
Hasan al-Sharqawi menyifatkan pendidikan Islam
sebagai satu kefahaman terhadap ajaran Islam yang membawa seorang manusia kepada menjauhi diri dari sifat-sifat tercela dan
mendekatkan diri dengan sifat-sifat terpuji
Fathi Yakan menyatakan bahawa pendidikan Islam ialah proses
membina individu dan masyarakat berdasarkan paksi Islam sama ada dalam aspek pegangan, pemikiran mahupun perbuatan
Abdullah Nasih Ulwan memberikan definisi berusaha untuk menyediakan dan membentuk anak didik agar menjadi anggota masyarakat yang baik dan menjadi manusia yang soleh di dalam kehidupan ini
Perkembangan Matapelajaran Pendidikan Islam di Malaysia
bermula sejak Islam mula bertapak di Melaka sekitar abad ke 14 lagi.
sistem pendidikan
yang tidak formal
Pada
tahun 1960, kerajaan mula melaksanakan undang-undang pendidikan berdasarkan kepada Laporan Rahman Talib
kewajipan memberikan pendidikan agama Islam kepada murid-murid agama Islam di setiap sekolah yang murid-murid beragama Islam berjumlah 15 orang atau lebih
Pendidikan Tinggi Islam pula dilaksanakan di Tanah Melayu
bermula pada tahun 1955 apabila Kolej Islam Malaya ditubuhkan
dibina
beberapa buah kolej Islam dan universiti Islam sebagai memenuhi tuntutan
Perkembangan Pendidikan Islam Pada Zaman Penjajahan Barat
Kedatangan Barat ke Alam Melayu khususnya ke Melaka bertujuan memusnahkan pusat penyebaran Islam
ketika Portugis menjajah Melaka mereka mengambil sikap
berdiam diri tanpa melakukan apa-apa inisiatif dalam membantu perkembangan agama dan pendidikan Islam pada waktu itu.
kegiatan dakwah terpaksa dijalankan secara
rahsia bagi mengelakkan tentangan ganas daripada penjajah
Sekolah-sekolah agama ini diberi bantuan penuh dengan syarat ia
mengadakan matapelajaran membaca, menulis dan ilmu hisab mendapat bantuan penuh daripada pemerintahan Inggeris
sistem pendidikan Islam dengan meluaskan lagi sistem yang sedia ada dengan membuka institusi-institusi pengajian yang lebih tinggi tarafnya yang dikenali sebagai “Pondok”.
pendidikan Islam
diperkemaskan lagi melalui sistem madrasah atau sekolah agama yang dilengkapi dengan infrastruktur dari segi bangunan sekolah, asrama, kemudahan rekreasi dan pejabat pentadbiran
lahir semasa gerakan islah di Timur Tengah
ordinan pelajaran telah digubal yang
dinamakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952
Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) mencadangkan agar
mana-mana sekolah yang jika murid-muridnya tidak kurang daripada 15 orang yang beragama Islam, maka pelajaran agama yang
diberikan kepada mereka hendaklah di bawah peruntukan oleh kerajaan
turut ditetapkan bahawa sekolah yang mempunyai murid Islam
melebihi 15 orang diwajibkan mengadakan kelas agama Islam dan Peruntukan masa juga ditetapkan untuk kelas agama Islam isitu
sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
Perkembangan Pendidikan Islam Pada Awal Zaman
Kedatangan Islam
Apabila Raja Melaka yang pertama iaitu
Parameswara (kemudian dikenali sebagai Megat Iskandar Syah) telah memeluk Islam pada 1414M, maka bermulalah perkembangan
sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu pada waktu itu.
Keislaman baginda turut diikuti oleh para pembesar kerajaan dan rakyat jelata.
istana dijadikan sebagai salah satu tempat mempelajari
ilmu.
mereka turut memberikan sanjungan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan Islam, ulama-ulama kitab-kitab agama dan hari-hari kebesaran Islam. Hal ini membuktikan mereka mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap Islam dan sistem pendidikannya hasil pengorbanan para pendakwah Islam ketika itu
Para pemerintah Melaka turut menggalakkan rakyat jelata
supaya memberikan perhatian yang berat terhadap amalan agama disamping penglibatan para pemerintah sendiri
Sistem pendidikan Islam yang diwujudkan pada waktu tersebut ialah kelas mengaji al-Quran
Pendidikan Islam di Melaka terus berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan Falsafah Islam sebagai kurikulumnya
negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Jambi,
Kampar, Bangkalis, Bentan dan Gugusan Pulau-Pulau Melayu