Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan kepentingan Piagam Madinah dalam pentadbiran Nabi Muhammad SAW di…
Jelaskan kepentingan Piagam Madinah dalam pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah
Pendahuluan
Pembentukan Piagam Madinah 622 M (1H) telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam khususnya golongan Yahudi. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal.
Daripada 47 fasal itu, 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka.
Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.
Rasulullah menjadi Ketua Negara.
Penerimaan Rasulullah sebagai Ketua Negara telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa.
Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari semasa ke semasa.
Pengekalan Struktur Kekeluargaan Masyarakat Madinah
Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping pengubahsuaian sebahagian daripadannya sejajar dengan hukum Islam
Ketua ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya
Rasulullah sebagai Ketua Hakim akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang kuasa ketua kaum berkenaan.
Penyatuan Ummah
Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini sentiasa berselisih faham
misalnya Auz dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin.
Kebebasan beragama
Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain.
Islam menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu
Dengan kebebasan ini juga, orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa gangguan atau sekatan.
Hak keselamatan terjamin
Keselamatan penduduk tanpa mengira agama atau kaum akan terjamin selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah
Pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambi tindakan termasuk memerangi, menghalau atau membunuh jika terpaksa
Contohnya Bani Qainuqa‟ dihalau dari Madinah dan perang diisytiharkan terhadap mereka.
Kesimpulan
Piagam Madinah terbukti piagam bertulis pertama di dunia dan merupakan undang-undang terbaik yang mesti diikuti oleh mana-mana negara
Rasulullah dengan bijaknya telah membuktikan kesempurnaan piagam ini dan seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa peraturan Islam berlandaskan al-Quran memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada manusia tanpa mengira agama dan bangsa.