Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Reformasi politik, ekonomi dan sosial oleh Peter the Great - Coggle Diagram
Reformasi politik, ekonomi dan sosial oleh Peter the Great
Bidang politik
- Tsar Peter menyusun semula sistem pentadbiran Rusia semasa pemerintahan Tsar Peter Agung dengan mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
- Tsar Peter the Great melakukan rombakan dalam institusi-institusi pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi iaitu digantikan dengan Majlis Senat pada tahun 1711.
- Tsar Peter the Great memindahkan pusat pentadbiran dan Moscow ke St. Petersburg untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peynerintah berkuasa mutlak di Rusia
- Tsar Peter the Great berjaya meluaskan kuasa dan menakluk Turki dan Sweden seterusnya membina pasuka tentera yang kuat
- Peperangan dengan Sweden ditamatkan melalui Perjanjian Nystadt yang dimeterai pada tahun 1721.dan menerusi Perjanjian Nystadt, Tsar Peter Agung berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia dan Sweden
- Kejayaan Tsar Peter the Great menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-18 M.
Bidang ekonomi
- Tsar Peter the Great telah membangunkan sektor perindustrian iaitu memberi penekanan kepada sektor industri berat dan industri pembuatan
- Sektor pembuatan barangan seperti tekstil, kaca dan barangan kulit turut dimajukan
- Industri berat seperti industri besi dan keluli juga telah dimajukan di Ural
- Kerajaan tsar Peter the Great menubuhkan kilang membuat senjata dan pedang supaya peralatan berperang mencukupi
- Penekanan yang diberikan oleh Tsar Peter Agung telah berjaya menarik pemodal-pemodal asing untuk mendirikan kilang di Rusia dan hasilnya banyak kilang didirikan di Rusia
- Menjelang abad ke-18 M, Rusia menjadi pembekal besi utama untuk pasaran di Eropah
- Tsar Peter the Great turut memperkenalkan pelbagai cukai untuk menambahkan perbendaharaan negara dan membiayai peperangan
- Cukai tidak langsung bagi barangan keperluan harian dan cukai kepala diperkenalkan pada tahun 1718
Bidang sosial
- Tsar Peter the Great juga telah menubuhkan lebih banyak sekolah di Rusia antaranya sekolah The Navigator School, Naval Academy, Engineering Academy, dan Artillery Academy
- Tsar Peter the Great memberi penekanan kepada sistem pendidikan dan menghantar ramai golongan muda ke Barat untuk menuntut ilmu dalam bidang-bidang tertentu
- Mata pelajaran yang diberikan penekanan ialah bidang aritmatik, geometri, geografi dan pelayaran
- Tsar Peter Great menubuhkan sebuah universiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy of Science
- Penerbitan surat khabar yang pertama di Rusia, mengubah sistem kalender Rusia dengan memperkenalkan sistem kalender Julius dan menggalakkan penterjemahan bahan-bahan bacaan dari luar negara turut diperkenalkan