Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Reformasi Yang Dilaksanakan Oleh Peter The Great - Coggle Diagram
Reformasi Yang Dilaksanakan Oleh Peter The Great
Dari aspek sosial
Telah menyusun semula sistem pentadbiran Russia yang diwarisi sejak era Moscow
Badan pemerintahan dan pentadbiran yang bertanggungjawab membantu urusan seharian ialah Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
Penyusunan semula sistem pentadbiran penting untuk melahirkan pentadbiran berpusat, seragam, cekap dan tidak berlaku pertindihan kuasa antara institusi tersebut.
Pada tahun 1712, pusat pentadbiran dan ibu kota Russia telah ditukarkan dari Moscow kw St Petersburg.
Pada tahun 1914, nama Petersburg telah ditukarkan kepada Petrograd dan lebih menjurus kepada identiti Russia.
Dari aspek ekonomi
Peter telah memberikan sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata, peralatan teknikal, tentera dan pembuatan makanan.
Tumpuan kepada sektor pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit.
Industri besi dan keluli dimajukan di Ural. Menyebabkan Russia menjadi pembekal besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18.
Bagi menambahkan hasil pembendaharaan negara, Peter telah memperkenalkan pelbagai cukai terhadap penduduk tempatan.
Contohnya, cukai tak langsung dan cukai kepala. Semua cukai mesti dibayar dalam bentuk wang tunai supaya berjalan lancar dan kaedah bangi telah diperkenalkan. Kaedah ini telah dapat memastikan jumlah keseluruhan rakyat Russia dan memudahkan kutipan cukai kepala.
Dari segi sosial
Telah mengamalkan pemerintahan berkuasa mutlak dengan melakukan pembaratan melalui penampilan masyarakat Russia dengan meminta pegawai tinggi mencukur janggut dan mewajibkan mereka memakai pakaian Jerman dan Hungary.
Hal ini diwajibkan kepada semua kecuali petani dan institusi gereja. Mereka juga diwajibkan menghisap cerut dan jika enggan dikehendaki membayar cukai yang telah ditetapkan.
Selain itu bagi pembahagian tanah tak alih iaiya dibahagikan sama rata dalam kalangan anak lelaki pemilik tanah yang meninggal dunia.
Turut mengubah sistem kalendar Russia yang menyambut tahun baru pada setiap September kepada sistem Takwim Julus iaitu pada bulan Januari.
Rakyat Russia juga digalakkan menterjemah bahan bacaan dari negara luar.
Kaum wanita juga diberikan kebebasan untuk keluar dari rumah.