Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan kepentingan Piagam Madinah dalam pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W…
Jelaskan kepentingan Piagam Madinah dalam pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W di Madinah
KEDUDUKAN NABI MUHAMMAS S.A.W SEBAGAI PEMERINTAH TERTINGGI DAN UNGGUL.
Meletakkan Baginda sebagai ketua kerajaan serta hakim yang tertingi dan terunggul.
Sebagai ketua hakim, Baginda menyelesaikan masalah yang diahadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah swt dan keputusannya sendiri.
Masalah juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah.
Baginda mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
MEWUJUDKAN TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN MADINAH.
Mendorong masyarakat madinah yang terdiri daripada orang Islam dan juga bukan Islam untuk bersama-sama mempertahankan Kerajaan Islam Madinah daripada serangan musuh.
Masyarakat madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan musuh-musuh Islam yang menentang Kerajaan Islam Madinah.
Semangat cinta akan negara dipupuk supaya dapat mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan sebarang permusuhan antara masyarakat Madinah.
Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara Madinah seperti masyarakat Islam selagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka menurut Piagam Madinah.
MEWUJUDKAN PERPADUAN UMAT ISLAM.
Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada 2 kumpulan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin.
Dalam Piagam Madinah terdapat penekanan berkaitan dengan kerjasama dan bersatu padu.
Piagam ini juga merangkumi kedudukan kaum lain yang terdapat di Madinah seperti Yahudi, Parsi dan Habsyi.
Dilaksanakan dengan mendidik masyarakat menjadi anggota masyarakat atau ummah yang kuat tanpa mengira kaum, keturunan, dan tempat tinggal.
Persaudaraan Islam dapat mewujudkan masyarakat Islam yang tulen berlandaskan akidah dan keimanan kepada Allah s.w.t.
KEBEBASAN BERAGAMA
Piagam Madinah memberi kebebsan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain.
Kebebasan ini diberikan bagi;
Menghormati kebebsan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu.
Menghindarkan permusuhan antara masyarakat.
Mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah.
PEMBINAAN SEBUAH KERAJAAN ISLAM YANG KUAT.
Masyarakat Madinah bebas membincangkan hal politik dan pentadbiran.
Piagam Madinah memberi kesedaran kepada masyarakat Madinah bahawa mereka merupakan masyarakat yang utuh dan bersatu padu.
Piagam juga menyatakan bahawa kerajaan madinah ialah hak milik bersama.
Masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan kerajaan ini daripada ancaman musuh.
Hak dan tanggungjawab penduduk Madinah diakui dalam Piagam Madinah tanpa mengira agama mereka.
Penduduk madinah yang beragama Islam dan bukan Islam mempunyai hak yang sama untuk memperoleh perlindungan, keselamatan, dan keadilan.