Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Langkah - Langkah ke arah penyatuan negara bangsa Itali - Coggle Diagram
Langkah - Langkah ke arah penyatuan negara bangsa Itali
Pendahuluan
Negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden Eropah. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat,kerajaan berpelembagaan dan Negara bangsa moden
Beberapa kurun lamanya , Itali terbahagi kepada negeri kecil yang menjadi rebutan Negara Eropah
Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy
Perjuangan Mazzini
Giuseppe Mazzini berasal dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang dikenali sebagai Itali Muda ( Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan republik.
Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh, pegawai, petani,pengawai tentera & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan 60000 menjadi ahli gerakan ini.
Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert.
2. Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor
Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia).
Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak berlaku dan rancangan pertama ini gagal.
Sistem kewangan kerajaan disusun semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa gereja. Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali.
Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.
Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api.
Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria.
Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.
Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri.
Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke tanganSardinia kecuali Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.
3.Perjuangan Giusepppe Garibaldi
Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom danVenetia
Parlimen Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.
Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai Sicily dan Naples.
Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II.
4. Kepimpinan Piedmont
Piedmont diiktiraf sebagai harapan membebaskan Itali daripada cengkaman kuasa asing kerana memiliki tentera yang mampu untuk menentang Austria, mempunyai perlembagaan dan kerajaan yang bebas dan berdaulat dan mengetuai usaha ke arah perpaduan nasional dalam kalangan bangsa Itali.
Kerajaan Piedmont mendapat bantuan dan sokongan daripada negara-negara Perancis, Prusia dan Britain untuk menyatukan Itali
6.Penyatuan semula Giusepppe Garibaldi
Pada 1860, beliau memimpin tentera Kerajaan Revolusi di Bahagian Tengah Itali.
Terdapat kebimbangan Garibaldi akan menyerang Venetia atau Rom. Beliau juga tidak berpuas hati dengan tindakan penyerahan wilayah Nice kepada Perancis.
Pada 1859, beliau memimpin tentera gerila bagi membantu Piedmont dalam peperangan dengan Austria.
5. Bantuan Luar
Dengan bantuan Prusia, Itali berjaya dalam usahanya untuk menguasai Venetia. Begitu juga sokongan moral daripada pihak Britain.
Dengan bantuan daripada negara-negara lain, pemimpin nasionalis Itali berjaya menyatukan negara mereka.
Dengan bantuan Perancsi, Itali berjaya menguasai Lombardy pada tahun 1859. Itali juga dapat memperoleh wilayah Parman, Modena, Tuscany dan Romagna pada tahun 1860.
Kerajaan Piedmont mendapat bantuan dan sokongan daripada negara-negara Perancis, Prusia dan Britain untuk menyatukan Itali.
Kesimpulan
Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom
Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya.
Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia