Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Langkah-langkah ke Arah Penyatuan Negara Bangsa Itali - Coggle Diagram
Langkah-langkah ke Arah Penyatuan Negara Bangsa Itali
Pendahuluan
Negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden Eropah.
Beberapa kurun lamanya, Itali terbahagi kepada negeri kecil yang menjadi rebutan Negara Eropah.
Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali dengan menggunakan amalan realpolitik.
Wilayah di Itali & Pemerintahnya
Wilayah Selatan Itali ; i. Naples & Sicily : diperintah oleh Raja Ferninand II dari Perancis.
Wilayah Utara Itali ; i. Venice & Lombardy : diperintah oleh Maharaja Austria.
ii. Tuscany, Parma, Madena, Lucca, Massa dan Carrara : diperintah oleh golongan bangsawan Austria.
Wilayah Barat Itali ; i. Sardinia : diperintah oleh Raja Charles Albert (orang Itali)
Wilayah Tengah Itali ; i. Rom : dikuasai oleh Paus IX (dibantu tentera Perancis)
Satu pertiga negara Itali dikuasai oleh Austria. Kuasa asing begitu dominan di Itali.
Oleh itu, timbul keinginan dalam kalangan orang tempatan untuk mengusir orang asing. Keinginan inilah yang menjadi permulaan usaha menyatukan negara Itali.
Faktor yang Mengerakkan Penyatuan Itali
Terdapat beberapa faktor yang mendorong usaha ke arah penyatuan Itali. Antaranya ialah;
Pendudukan Perancis di Itali (oleh Napoleon Bonaparte)
Pendudukan Perancis di Itali telah membolehkan Napoleon Bonaparte membentuk sistem pentadbiran yang sistematik. Napoleon turut memperbetulkan semua undang-undang supaya adil kepada semua golongan. Oleh itu, orang Itali percaya regim luar dapat digantikan oleh pemerintah Itali sendiri.
Kepentingan golongan saudagar
Golongan saudagar berpendapat penyatuan Itali akan memberi faedah ekonomi kepada mereka. Hal ini kerana penyatuan Itali;
i. Menjadikan pasaran lebih luas.
ii. Pembinaan jalan pengangkutan lebih baik.
iii. Prasarana pelabuhan dapat dipertingkatkan bagi menggalakkan perdagangan di Laut Mediterranean.
Golongan saudagar juga percaya bahawa penyatuan Itali membolehkan negara tersebut menjadi penghubung antara England-India apabila Terusan Suez dibuka.
Sentimen anti-Austria
Faktor lain yang menggerakkan penyatuan Itali ialah sentimen anti-Austria. Austria telah bertindak menempatkan tenteranya di;
i. Verona ii. Maritua iii. Peschiera iv. Legnano
Tindakan Austria ini memalukan orang Itali yang tidak berusaha menyingkirkan orang asing. Oleh yang demiian, usaha mengusir kuasa asing seperti Austria semakin hebat.
Gerakan Penyatuan Itali
Usaha penyatuan Itali digerakkan oleh 4 faktor utama iaitu;
Gerakan kongsi gelap carboni
Pada mulanya, usaha menentang Austria agak sukar sehingga penduduk Italiterpaksa bergerak secara senyap dengan menubuhkan kongsi gelap carboni. Walau bagaimanapun, gerakan ini gagal kerana ejen polis Austria berjaya menyusup ke dalam carbonari.
Peranan Mazzini (1805-1872)
Mazzini telah menubuhkan gerakan Itali Muda (Young Italy). Gerakan ini cuba bersifat nasional dengan membuka keahliannya. Mereka cuba mempengaruhi golongan pertengahan, pekerja, buruh, petani, pegawai tentera dan pensyarah.
Pada tahun 1833, Mazzini memimpin gerakan ini melancarkan serangan ke atas Raja Charles Albert tetapi gagal. Beliau kemudiannya dibuang negeri ke Switzerland.
Peranan Count Camillo Benso
Count Camillo Benso merupakan golongan bangsawan dari Piedmont. Semasa menjadi perdana menteri, beliau cuba memajukan Piedmont dengan mencontohi England. Beliau bercita-cita ingin menyatukan negri-negeri Itali dalam kerajaan Piedmont.
Antara langkah yang beliau laksanakan ialah;
i. Mengutuk tindakan Austria menguasai Itali dalam Kongres di Paris (1856).
ii. Membuat persetiaan dengan Perancis bertujuan membebaskan Itali dari Austria.
iii. Menyerang negeri-negeri yang berada di bawah kuasa Paus dan berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.
Giuseppe Garibaldi
Giuseppe Garibaldi pernah menyertai gerakan Itali Muda yang diasaskan oleh Mazzini. Beliau berjaya menguasai Sicily dan Naples serta menyertai kerajaan Sardinia. Pada tahun 1861, semua negeri berada di bawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia akhirnya bertukar kepada parlimen Itali. Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran Raja Itali.
Gerakan penyatuan Itali semakin hebat dengan terbinanya jalan raya (menghubungkan seluruh Itali dengan negara-negara Eropah). Itali meminta bantuan Prusia untuk mengusir Austria. Prusia akhirnya berjaya memberikan Venetia kepada Itali.
Pada tahun 1870, meletus perang antara Perancis dengan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) keluar bagi menghadapi serangan Prusia. Kesempatan ini digunakan oleh tentera Itali untuk memasuki Rom dan menguasai wilayah-wilayah Paus.
Dalam tahun 1871, Raja Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Seluruh Itali telah berjaya disatukan.
Kesimpulan
Kebangkitan semangat nasionalisme, kemunculan tokoh yang berwibawa dan sentimen anti-orang asing telah memperhebatkan usaha penyatuan negeri-negeri di Itali. Kejayaan menyatukan negeri-negeri pada akhirnya membawa kepada pembentukan negara bangsa Itali.