Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Pengajaran Sirah - Coggle Diagram
Kaedah Pengajaran Sirah
Kepentingan Sirah
- Penghayatan pelajar terhadap ajaran Islam akan mudah difahami apabila pelajar mengetahui sejarah kehidupan pembawa ajaran Islam itu sendiri (Rasulullah S.A,W.)
- Melalui pengkajian sirah pelajar dapat menghayati kehebatan Rasulullah S.A.W dan ketokohan baginda, juga ketokohan para sahabat dan ulama' Islam yang lain.
- Keadaan ini menggalakkan pelajar untuk mencintai mereka,meneladani sifat dan akhlak mereka yang terpuji.
- Tujuan : Menjadikan Rasulullah dan tokoh yang dikaji idola mereka.
- Lumrah Manusia : Banyak terkesan dengan orang disanjungnya.
Kaedah Bercerita
- Kaedah bercerita merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling diminati oleh pelajar.
- Kaedah bercerita ini akan menjadi lebih berkesan jika guru menggunakan kaedah dan juga teknik sampingan yang mampu menarik minat murid-murid menghayati kisah yang disampaikan.
-
-
-
- GPI harus mengetahui : bahawa bahan bantu mengajar seperti carta bergambar tidak boleh melibatkan wajah para-para rasul , sahabat dan juga isteri-isteri baginda nabi.
- GPI : harus membuat persediaan rapi tanpa membuat kesilapan fakta dan kronologi kisah
Rumusan : Kaedah Bercerita juga merupakan kaedah yang digunakan oleh Al-Quran dan memerihalkan umat dan nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Isa,Nabi Musa dan juga Nabi Sulaiman.
Kaedah Projek
Kaedah projek merupakan satu kaedah melibatkan murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan mereka menyiapkan sesuatu tugasan atau projek dalam tempoh yang ditetapkan .
- Kaedah ini boleh dilaksanakan secara individu ataupun secara berkumpulan.
- Peranan Guru : Menyediakan Panduan ( Rubrik) kepada pelajar.
a. Pelaksanaan projek bukanlah bermakna guru melepaskan murid sepenuhnya dengan mereka mengikuti panduan yang diberikan.
b. Guru haruslah memantau perkembangan pelajar dari semasa ke semasa dan pada fasa ini guru juga boleh melaksanakan pentaksiran awal kepada pelajar.
c. Guru juga perlu memastikan teknik-teknik seperti perbincangan,perbincangan kumpulan kecil dan refleksi dilaksanakan secara berkala.
Kaedah Main Peranan
- Kaedah ini dilaksanakan dengan cara memainkan watak-watak tertentu . Dengan tujuan mendapatkan gambaran yang sebenar berkenaan watak tersebut dan menyampaikan isi pelajaran melalui jalan cerita
- Kaedah Main peranan bukanlah sekadar persembahan seperti persembahan teater semata-mata. Tetapi bertujuan untuk memastikan pembelajaran berlaku.
- Main peranan ini haruslah disertakan dengan aktiviti perbincangan,kuiz, soal jawab yang mampu memastikan pembelajaran berlaku.