Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HADIS SAHIH & HADIS HASAN - Coggle Diagram
HADIS SAHIH & HADIS HASAN
HADIS HASAN
Definisi
Hadis yang memenuhi syarat-syarat hadis sahih seperti perawi yang adil, sanadnya bersambung, tiada syaz, dan tiada ‘illah tetapi kurang sempurna dari segi sifat dhabitnya sahaja.
Pembahagian Hadis
Hadis Hasan Lizatihi
Pengertiannya sama seperti Hadis Hasan
Hadis Hasan Lighairihi
Hadis dha’if yang sederhana kedha’ifannya, tetapi ia disokong oleh riwayat yang lebih kuat atau setaraf dengannya.
Syarat:
Kedha’ifan bersifat sederhana seperti kurang dhabit, terputus sanad dan kejahilan perawi yang bukan bersifat melampau seperti fasik dan pembohong.
Adanya riwayat lain yang menyokong riwayat asal, tanpa mengira banyak atau sedikit asalkan setaraf atau lebih kuat daripadanya.
HADIS SAHIH
Definisi
Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit dan selamat daripada syaz dan juga kecacatan.
Syarat
Sanad yang bersambung
Sanad sesebuah hadith itu perlulah bersambung dari awal sehingga ke akhir serta wujudnya pertemuan atau sezaman di antara perawi-perawi di dalam rangkaian sanad. Tambahan pula, tidak wujud penghalang di antara perawi daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat.
Adil
Sifat adil yang dimaksudkan adalah perawi-perawi yang bertaqwa serta menjauhi perkara-perkara yang fasiq dan bid’ah. Antara ciri–ciri berikut seorang yang adil adalah seorang muslim, baligh, berakal, tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil serta menjaga maruahnya.
Dhabit
Dhabit pula bermaksud orang yang kuat dan sempurna hafazhannya, selamat daripada melakukan kesalahan dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya pada bila–bila masa yang dikehendaki.
Tidak Syaz
Hadith atau riwayat tersebut tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah daripadanya. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadith atau riwayat lain yang lebih thiqah daripadanya.
Tidak ada ‘Illah
Riwayat atau hadith selamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadith yang terkandung di dalam sanadnya perawi yang fasiq atau pemalsu dan pendusta hadith.
Pembahagian Hadis
Hadis sahih li-dzatihi
Hadis yang bersambung sanadnya daripada Rasulullah SAW sehingga perawi terakhir, diriwayatkan oleh orang-orang yang adil, dhabith yang sempurna, dan tidak syadz dan tiada ‘illah.
menepati kesemua syarat hadis sahih*
Hadis sahih li-ghairihi
hadis yang belum menepati semua syarat hadis sahih dan hanya mencapai tahap hasan li-dzatihi, jika ada petunjuk atau dalil lain yang menguatkannya, maka hadis tersebut akan menjadi hadis sahih li-ghairihi.