Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Analisi Dilema Heinz berdasarkan Perkembangan Moral Kohlberg, Respon 1 :…
-
Respon 1 : " Heinz boleh mencuri dadah tersebut sekiranya dia ingin isterinya terus hidup, tetapi dia tidak perlu berbuat demikian sekiranya dia ingin menikahi seorang perempuan yang lebih muda dan lebih cantik"
Respon 2 : " Heinz boleh mencurinya kerana mungkin dia mempunyai anak dan mungkin dia memerlukan seseorang untuk menjaga mereka di rumah . Tetapi mungkin dia tidak patut mencuri kerana mereka mungkin akan memenjarakannya untuk masa yang lebih lama dariapada yang ditahannya."
Pada peringkat satu : " Hukuman " terikat dalam minda kanak - kanak tersebut dengan kesalahan. Ketidakpatuhan adalah salah .
Pada peringkat dua : Hukuman hanyalah suatu risiko yang seseorang secara semula jadinya ingin elakkan .
Dalam Dilema Heinz : Subjek selalunya berhujah bahawa tindakan Heinz mencuri dadah itu memang betul kerana " Dia seorang yang baik kerana ingin menyelamatkan isterinya," dan " Niat dia baik, iaitu untuk menyelamatkan nyawa orang yang disayangi ." Kalaupun Heinz tidak menyayangi isterinya , subjek berkata, dia harus mencuri dadah itu kerana " Saya tak fikir mana - mana suami akan membiarkan isterinya mati."
Dalam Dilema Heinz : Pada peringkat ini, subjek mengatakan bahawa motif Heinz itu baik dan motif pakar dadah itu buruk . Subjek pada peringkat 3 menekankan bahawa pakar dadah itu " mementingkan diri", "tamak" dan " hanya memikirkan diri sendiri, dan bukan nyawa orang lain " . Kadang kala subjek menjadi begitu marah dengan pakar dadah itu sehinggakan mereka berkata bahawa dia harus dimasukkan ke dalam penjara.
Dalam Dilema Heinz : Ramai subjek berkata bahawa motif Heinz baik, tetapi mereka tidak dapat merestui pencurian tersebut. " Apakah yang akan terjadi sekiranya kita semua mula melanggar undang - undang bilamana kita rasa kita mempunyai sebab yang kukuh ? ". Akan jadi huru - hara ; Masyrakat tidak dapat berfungsi.
Dalam Dilema Heinz : Seorang subjek berkata "...... Sekiranya semua orang melakukan apa sahaja yang dia mahu,bina kepercayaannya sendiri tentang apa yang betul dan apa yang salah , maka saya rasa kita akan dapat huru - hara. Satu - satunya yang kita ada dalam tamadun hari ini adlah suatu struktur perundangan yang semua orang terpaksa patuhi. Masyarakat perlu sesuatu kerangka yang memusat . "
Dalam Dilema Heinz : Subjek berkata : " Walaupun terdapat undang-undang tentang mencuri, undang - undang tersebut bukanlah digubal bagi melanggar hak seseorang untuk hidup ... sekiranya Heinz dihukum kerana mencuri, undang - undang tersebut harus diinterprestasi semula untuk mengambil kira situasi di mana ia melanggar hak semula jadi seseorang untuk terus hidup."
Dalam Dilema Heinz : Sebahagian subjek berkata dengan bahasa yang keras : " Adalah menjadi tugas si suami untuk menyelamatkan isterinya. Hakikatnya adalah bahawa nyata isterinya yang berada dalam bahaya mengatasi semua standard lain yang anda mungkin gunakan untuk menghakimi tindakannya. Nyawa adalah lebih penting daripada harta benda . "
-
-
-