Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP KENDIRI - Coggle Diagram
KONSEP KENDIRI
Teori Sigmund Freud
Freud mengemukakan teori personaliti dengan andaian bahawa pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada 3 alam kesedaran, iaitu alam sedar, alam prasedar& alam tidak sedar.
EGO
tidak wujud secara semulajadi, sebaliknya berkembang secara berperingkat, penuh dengan persepsi, menginginkan kemajuan diri serta berkemampuan menyesuaikan fungsinya mengikut isu dan persekitaran.
mula bertapak dan berkembang melalui proses sosialisasi dan identifikasi diri dengan individu lain serta objek-objek yang wujud di persekitarannya selepas dilahirkan.
SUPEREGO
- mengimbangi dan mengawal konflik antara "id" dan "Ego".
- berkemampuan mengenalpasti nilai-nilai positif dan negatif hasil proses sosialisasi kehidupan individu di dalam institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.
- boleh disifatkan sebagai pemantau yang mengawal gerak geri dan perlakuan individu dalam mempraktikkan amalan dan larangan yang wujud di dalam kehidupan masyarakatnya.
- Perlakuan yang ideal dan moralistik adalah tunjang yang menjadi matlamat utama kepada peranan elemen "superego" di dalam pembentukan personaliti manusia.
ID
- merupakan bahagian personaliti manusia yang tidak
diorganisasikan, mentah dan bersifat neutral di dalam pemikiran seseorang.
- merupakan elemen struktur personaliti yang bertapak secara semulajadi, diwarisi dan telah sedia wujud sejak dilahirkan.
- kepuasan secara mendadak(immediate gratification) akibat desakan biologi seperti memenuhi kehendak perasaan lapar, dahaga dan ransangan seks adalah antara gelaja-gejala yang ditangani secara semulajadi oleh "Id".
Teori Carl Jung
EKSTROVERT
- Individu yang lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamannya.
- lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain.
-Slater (1962) - kebebasan merupakan ciri ekstrovet. -peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan
sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar dan responsif terhadap persekitaran.
-suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut .
- tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan.
-
INTROVERT
- lebih menumpukan aspek dalaman.
- mengambil berat tentang diri sendiri.
-mempamerkan ciri individu yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, reflektif dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko.
- tidak mudah marah, tetapi jika marah, perasaan itu akan berpanjangan.
- berupaya meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak memerlukan rangsangan luaran.
- tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan.
AMBIVERT
-
- kemungkinan sifat yang dipunyai ialah aktif, sensitif, optimistik dan gemar berseorangan.
Teori Gordon Allport
-
Tret pusat
ciri-ciri yang lebih spesifik dan tertakluk kepada situasi tertentu, merupakan kecenderungan yang ada pada seseorang (contohnya, tidak suka tempat yang sesak).
Tret sekunder
merupakan tingkah laku yang umum dan tekal, mempengaruhi semua tindakan individu, tret ini jarang diperlihatkan.