Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI SIGMUND FREUD - Coggle Diagram
TEORI SIGMUND FREUD
PERINGKAT LATENSI (6 TAHUN HINGGA AKIL BALIGH)
JANTINA
Mereka lebih gemar untuk berkawan dengan sesama jantina.
IBU BAPA
Ibubapa perlulah menggalakan anak-anak bersosial dengan mengawasi mereka.
SOSIAL
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula bersosial.
PERINGKAT ORAL (0-18 BULAN)
Berkaitan dengan kehendak ini ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap, mengunyah dan menelan.
Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id. Bayi dikawal oleh impuls biologi dan secara asasnya mementingkan diri sendiri. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh naluri mereka.
Apabila bayi menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi. Sekiranya pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra, dan mudah kerjasama akan dilihat dalam diri individu tersebut.
Namun begitu, sekiranya tidak dapat, maka dia akan terlekat di peringkat ini, dan mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif, dan orang yang suka merokok adalah berpunca daripada masalah ini.
Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan yang keras akan terlekat pada peringkat mengigit. Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah individu yang bercakap kasar, agresif dan suka menggigit objek seperti kuku, pen dan sebagainya.
PERINGKAT ANAL (18 BULAN-3 TAHUN)
Anal agresif berlaku apabila kanak-kanak bertindak agresif terhadap kawalan ketat dan peraturan rigid yang dikenakan semasa latihan tandas dijalankan.
Anak tidak akan mematuhi arahan dan bertindak membuang air di merata-rata. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat zalim, ganas, pemarah dan tidak berdisiplin apabila dewasa.
Sekiranya latihan yang diberikan tidak sesuai, maka akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan suasana anal agresif dan anal retentif.
Anal retentif pula berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan semasa anak membuang air. Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibubapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri.
Cara ibubapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak boleh mempengaruhi trait personaliti seseorang individu.
Tindakan ini boleh melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan masalah orang lain apabila dewasa kelak.
Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan pada bahagian-bahagian otot pembuangan najis yang melibatkan latihan tandas(toilet
-training).
Oleh itu, pada pandangan Freud, kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi peluang untuk berdikari, mempunyai automomi dan tahu mengawal diri sendiri.
Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan daripada aktiviti mengawal pembuangan najis.
Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat dubul. Pada usia ini, zon kelazatan beralih ke kawasan dubur.
PERINGKAT FALIK (3-6 TAHUN
)
ELEKTRA KOMPLEKS
Anak perempuan pula akan menumpukan kasih
sayang dari bapa
IBU BAPA
Ibu bapa perlu prihatin dan memberikan kasih sayang dengan adil terhadap anak-anak
JANTINA
Pada peringkat ini kanak-kanak mula mengenalpasti jantina diri.
OEDIPUS KOMPLEKS
Kanak-kanak lelaki akan menumpukan kasih saya dari ibunya.
PERINGKAT GENITAL (SELEPAS AKIL BALIGH SEHINGGA DEWASA)
Wujudnya perasaan cinta terhadap diri sendiri dan cinta terhadap orang lain dalam diri.
Individu akan cuba untuk memenuhi segala yang tidak boleh dicapai sewaktu peringkat kanak-kanak.
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
Cara layanan dan didikan individu dari kecil mempengaruhi personaliti seseorang.